Pages

Friday, October 24, 2025

Makan Tengahari dan Beli Hasil Laut Di Tanjung Dawai

Lepas jumpa toklang lelaki di homestay, ibu cadangkan untuk makan tengahari dulu di medan niaga Tanjung Dawai. Perut pun dah lapar sebab pagi tak breakfast lagi. Last makan masa singgah RnR Sungai Perak.

Masuk restoren yang kat bahagian tepi. Orang pun tak ramai lagi sebab hari Jumaat dan jam menunjukkan jam 12.30 tengahari. Lauk pun banyak sangat. Memang rambang mata dibuatnya.

Kerabu, gulai, singgang, burung puyuh.

Yang depan tu telur sotong.

Kerang-kerangan.

Ikan, sotong dan udang bakar.

Yang digoreng pun ada.

Sup urat keting dan sup ekor. Kak.Widad ambil sup urat keting.

Bahagian ulam-ulaman dan sambal².

Ini lah pinggan ibu.
  • Nasi putih
  • Ikan kembung goreng
  • Kerabu kacang botor + taugeh
  • Kerabu perut
  • Bendi + terung celur
  • Sambal tempoyak
Mode : 100% SATISFIED😆😆

View dari resto.

Nampak macam air pasang.

Lepas makan naik tingkat atas untuk beli hasil laut. Rasa rugi pulak bila dah sampai Tanjung Dawai tak membeli. Ingat nak cari belacan.

Ibu beli udang siap kopek ni 2 bungkus, minta packkan RM10/bungkus.

Ambil belacan yang sudah bakar RM7/pc di sebelah kanan tanpa balutan kertas. Yang belum bakar RM5/pc.


Kat rak ni beli 3 barang berharga RM10. Jadi ibu ambil ikan masin, gula melaka dan mi sanggul.

Beli sebungkus nak cuba masak.

Keropok beli 1 peket je.

Ambil juga kuah rojak Mak Bee.

Kak Widad beli keropok² dan jajan sate ikan. Banyak lah dia beli. Total semua RM119. Lepas bayar dapat lagi percuma keropok ikan dan bilis.

Jangan lah percaya nak beli sikit kat tempat² gini. Bila balik jinjing 3 plastik hasil rampasan 😬😬
 

6 comments:

  1. Nasi makan nasi berlauk yang panjang tersusun lauk mcm tu.. mmg rambang mata dibuat nya hahahaa.. walau dah ambil lauk pasti rasa tak puas lagi hahahah

    ReplyDelete
  2. Seronok shopping segala brg kering belacan, ikan masin gula melak tu bagai... Seronokkkk nya :D

    ReplyDelete
  3. mak aisshhh rambang mata sungguh tu kak,kalau saya ni ratah lauk je gayanya

    ReplyDelete
  4. Ya ampun! Banyaknya pilihan lauk. Sedap semuanya. Rambang mata nak pilih.
    Tak cukup tu hasil rampasannya hihihi.

    ReplyDelete
  5. banyaknya telur sotong tu dik, kak ana memang suka sangat lah kalau dapat ke tempat yang menu makanan banyak macam tu pastu shopping pula hasil laut.. lama dah ni tak bercuti-cuti Malaysia haha :)

    ReplyDelete
  6. Rambang mata dibuatnya lauk pauk banyak jenis sangat ni.

    ReplyDelete