Pages

Thursday, March 26, 2026

3 Syawal - Berehat² Di Rumah

Isnin.
Bertiga je di rumah. Abang Imi memang qada tidur lepas solat Subuh. Katanya jangan kejutkan dia.. kalau nak makan nanti bangun sendiri.

Setelah perjalanan panjang, ibu pun dapat deep sleep. Lega bila bangun tidur. 

Jemput² bawang+jagung dan sambal sardin untuk sarapan. 

Tak ada plan nak beraya sebab tak cukup ahli, jadi duduk rumah layan KDrama Undercover Miss Hong. 

Sambil² tunggu Wafi buat homework. Banyak katanya. 

Ehhh.. takde ke budak² nak beraya sekarang ni..... dulu ada je budak² naik basikal bagi salam. Agaknya masing² masih beraya di kampung (tapi kami pun dok kampung juga😅)

Adik beradik pulak dah balik rumah masing² dan mula beraya di tempat lain.

Tengahari Wafi request ayam MLCA. Dah siap masak baru perasan tak letak kentang. Ibu gorengkan juga ikan pekasam. Tak ada sayur sebab sayur yang ada pun budak² ni tak makan.

Petang Wafi mengadu demam pulak. Rasanya sebab cuaca yang sangat panas. Lepastu dalam perjalanan balik kampung hujan dan panas pula.

Nak tidur pun tak boleh, panas berbahang. Nak pasang aircond takut karang selesema pula. 

14 comments:

  1. Kat kampung pun dah kurang budak beraya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya macam kita juga.. anak-anak beraya dengan mak ayah... takde diorang beraya sendiri.

      Delete
  2. Zaman sekarang bdk2 tak ada dah yang nak beraya rumah ke rumah.. Dulu kecik2 habis satu kawasan perumahan pergi beraya hahahaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... tuan rumah kadang terpaksa menyorok hahahhaha.. penat dah melayan budak-budak yang datang.

      Delete
  3. Jemput bawang dan jagung tu sedapnya la....

    ReplyDelete
  4. Elok jer beratur drumstick tu dalam mangkuk..macam nak terima duit raya..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekekeke... masak 6 ketoi... 3 lagi dlm periuk untuk malam. Pilih drumstick je biar takyah pilih²🤣🤣

      Delete
  5. Speechless ruamh SA x ramai yang datang tahun ni....ni SA dah kerja harap xde la yang datang kalau x kesian PZ sorang...dah elok demam lom si Wafi tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... sihat dah tu... sehari je demam.. ni kat SP akak soh minum air kosong banyak².

      Mungkin ada saudara mara yang nak datang masa weekend. Hari kerja jarang orang nak beraya.

      Delete
  6. Panasnya memang tak lazim lah. Malah dibilang April akan semakin panas 😔.

    Rumah saya pun sama kak. Tak pernah kedatangan tamu hahaha. Tp saya memang bilang ke suami, pokoknya kalau ada tamu nak datang, kita bawa ke restoran, saya tak nak di rumah. Asisten sedang mudik, memang sebisa mungkin di restoran saja. Biar tak payah beres2

    ReplyDelete
    Replies
    1. uishh... April makin panas ya.. adehh.. ni kat dalam ofis tak terasa, bila kat luar rasa terbakar kulit.

      Senang juga bawa makan kat restoren.. mana yang senang.

      Delete
  7. Saya last week jela panggil sedara mara dtg rumah. Minggu ni mcm dah takde jalan raya dah

    ReplyDelete
  8. 2 minggu lagi baru habis raya Maz, takkan dah mengalah hehe

    ReplyDelete