Isnin.
Bertiga je di rumah. Abang Imi memang qada tidur lepas solat Subuh. Katanya jangan kejutkan dia.. kalau nak makan nanti bangun sendiri.
Setelah perjalanan panjang, ibu pun dapat deep sleep. Lega bila bangun tidur.
Sambil² tunggu Wafi buat homework. Banyak katanya.
Ehhh.. takde ke budak² nak beraya sekarang ni..... dulu ada je budak² naik basikal bagi salam. Agaknya masing² masih beraya di kampung (tapi kami pun dok kampung juga😅)
Adik beradik pulak dah balik rumah masing² dan mula beraya di tempat lain.
Tengahari Wafi request ayam MLCA. Dah siap masak baru perasan tak letak kentang. Ibu gorengkan juga ikan pekasam. Tak ada sayur sebab sayur yang ada pun budak² ni tak makan.
Petang Wafi mengadu demam pulak. Rasanya sebab cuaca yang sangat panas. Lepastu dalam perjalanan balik kampung hujan dan panas pula.
Nak tidur pun tak boleh, panas berbahang. Nak pasang aircond takut karang selesema pula.



Kat kampung pun dah kurang budak beraya.
ReplyDeleteAgaknya macam kita juga.. anak-anak beraya dengan mak ayah... takde diorang beraya sendiri.
DeleteZaman sekarang bdk2 tak ada dah yang nak beraya rumah ke rumah.. Dulu kecik2 habis satu kawasan perumahan pergi beraya hahahaa..
ReplyDeleteBetul tu... tuan rumah kadang terpaksa menyorok hahahhaha.. penat dah melayan budak-budak yang datang.
DeleteJemput bawang dan jagung tu sedapnya la....
ReplyDeleteNak yang senang-senang je tu masaknya.
DeleteElok jer beratur drumstick tu dalam mangkuk..macam nak terima duit raya..hihihi
ReplyDeleteEkekeke... masak 6 ketoi... 3 lagi dlm periuk untuk malam. Pilih drumstick je biar takyah pilih²🤣🤣
DeleteSpeechless ruamh SA x ramai yang datang tahun ni....ni SA dah kerja harap xde la yang datang kalau x kesian PZ sorang...dah elok demam lom si Wafi tu...
ReplyDeleteAlhamdulillah... sihat dah tu... sehari je demam.. ni kat SP akak soh minum air kosong banyak².
DeleteMungkin ada saudara mara yang nak datang masa weekend. Hari kerja jarang orang nak beraya.
Panasnya memang tak lazim lah. Malah dibilang April akan semakin panas 😔.
ReplyDeleteRumah saya pun sama kak. Tak pernah kedatangan tamu hahaha. Tp saya memang bilang ke suami, pokoknya kalau ada tamu nak datang, kita bawa ke restoran, saya tak nak di rumah. Asisten sedang mudik, memang sebisa mungkin di restoran saja. Biar tak payah beres2
uishh... April makin panas ya.. adehh.. ni kat dalam ofis tak terasa, bila kat luar rasa terbakar kulit.
DeleteSenang juga bawa makan kat restoren.. mana yang senang.
Saya last week jela panggil sedara mara dtg rumah. Minggu ni mcm dah takde jalan raya dah
ReplyDelete2 minggu lagi baru habis raya Maz, takkan dah mengalah hehe
ReplyDelete