Selesai paper hari pertama, hari kedua Wafi dapat cuti sakit. Hari Sabtu sudah mengadu sakit kepala bila cuaca terlalu panas. Malam tu makan Panadol je. Ahad malam tampal koyok, tak makan ubat. Nak ke klinik tak larat katanya. Semalam pagi baru pergi. Doktor bagi cuti sakit selama 2 hari.
Siang duduk bilik sakit. Hari ni ujian Bahasa Antarabangsa dan Matematik.
Nampaknya 4 subjek (Sejarah, Pendidikan Islam, Bahasa Antarabangsa dan Matematik) Wafi terpaksa ambil minggu hadapan.
Mujurlah semalam masa Wafi call tu suara ceria walau serak. Tau dah kalau dia call suara lain mesti tak sihat lah tu. Pesan dah makan ubat dan minum air kosong banyak-banyak.
Cepat sembuh ya anak ibu.

Semoga cepat sembuh Wafie. Cuaca panas lain macam sekarang ni. Good luck untuk exam.
ReplyDeleteAamiin... terima kasih Cie 🥰
DeleteSyafakillah Wafi 🤲🏻
ReplyDeleteCuaca dekat sana panas membahang Kak...
Aamiin... terima kasih PH 🥰
DeleteBetul tu... lain macam panasnya kat sana.
Cepat sembuh Wafi..Selayang ni pun panas terik..tapi, petang² lepas balik kerja tu hujan..nak jalan² p bazar pun terbantut
ReplyDeleteAamiin... terima kasih Linda 🥰
DeleteKalau hujan berkecah pulak nak membeli.
Moga cepat sembuh Wafie dan dipermudah kan semua urusan nya
ReplyDeleteAamiin... terima kasih Mulan 🥰
DeleteIngatkan diagnosis penyakit rupanya subjek. Semuga cepat sembuh wafi. Panas sekarang ni
ReplyDeleteAamiin... terima kasih Kak Notie 🥰
DeleteMentang-mentang lah kerja health line, terus trigger eh diagnostik tu 😁
Get well soon Wafi
ReplyDeleteAamiin... terima kasih NM🥰
DeleteAllah ciannya Wafie moga cpt sihat ye.. betul tu skrg cuaca panassss lain mcm sangat T__T
ReplyDeleteAamiin... terima kasih Ana🥰
DeleteSemalam kat SP hujan lebat sangat.
Kesiannya dia....semoga cepat sembuh ye Wafi
ReplyDeleteAamiin... terima kasih SA🥰
DeleteEh wafi dah form 4 ke? ertinya ni thn ke-4 lah wafi di asrama kan? eh rasa mcm baru je lg baca posting wafi masuk asrama... btw speedy recovery wafi
ReplyDeleteAamiin... terima kasih KM🥰
DeleteKaaaannnn... cepat dah masuk 4 tahun kat sana.. setelah melalui pelbagai rintangan dan dugaan huhu
Lain macam cuaca sekarang. Cepat sembuh ye Wafi.
ReplyDeleteBetul kak.. cuma 2 hari kat Kedah hujan kemain lebat petang.
Deletesemoga wafi diberikan kesihatan yg baik. risau kan bila anak2 jauh, tpi sakit ni
ReplyDeleteAamiin.. Alhamdulillah sudah sihat.
Delete