Pages

Tuesday, March 3, 2026

Ujian Diagnostik 1 & Cuti Sakit

Hari ketiga Ujian Diagnostik 1 2026, sudah bermula pada hari Ahad.

Selesai paper hari pertama, hari kedua Wafi  dapat cuti sakit. Hari Sabtu sudah mengadu sakit kepala bila cuaca terlalu panas. Malam tu makan Panadol je. Ahad malam tampal koyok, tak makan ubat. Nak ke klinik tak larat katanya. Semalam pagi baru pergi. Doktor bagi cuti sakit selama 2 hari.

Siang duduk bilik sakit. Hari ni ujian Bahasa Antarabangsa dan Matematik.

Nampaknya 4 subjek (Sejarah, Pendidikan Islam, Bahasa Antarabangsa dan Matematik) Wafi terpaksa ambil minggu hadapan.

Mujurlah semalam masa Wafi call tu suara ceria walau serak. Tau dah kalau dia call suara lain mesti tak sihat lah tu. Pesan dah makan ubat dan minum air kosong banyak-banyak.

Cepat sembuh ya anak ibu.
 

22 comments:

  1. Semoga cepat sembuh Wafie. Cuaca panas lain macam sekarang ni. Good luck untuk exam.

    ReplyDelete
  2. Syafakillah Wafi 🤲🏻
    Cuaca dekat sana panas membahang Kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin... terima kasih PH 🥰
      Betul tu... lain macam panasnya kat sana.

      Delete
  3. Cepat sembuh Wafi..Selayang ni pun panas terik..tapi, petang² lepas balik kerja tu hujan..nak jalan² p bazar pun terbantut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin... terima kasih Linda 🥰
      Kalau hujan berkecah pulak nak membeli.

      Delete
  4. Moga cepat sembuh Wafie dan dipermudah kan semua urusan nya

    ReplyDelete
  5. Ingatkan diagnosis penyakit rupanya subjek. Semuga cepat sembuh wafi. Panas sekarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin... terima kasih Kak Notie 🥰
      Mentang-mentang lah kerja health line, terus trigger eh diagnostik tu 😁

      Delete
  6. Allah ciannya Wafie moga cpt sihat ye.. betul tu skrg cuaca panassss lain mcm sangat T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin... terima kasih Ana🥰
      Semalam kat SP hujan lebat sangat.

      Delete
  7. Kesiannya dia....semoga cepat sembuh ye Wafi

    ReplyDelete
  8. Eh wafi dah form 4 ke? ertinya ni thn ke-4 lah wafi di asrama kan? eh rasa mcm baru je lg baca posting wafi masuk asrama... btw speedy recovery wafi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin... terima kasih KM🥰
      Kaaaannnn... cepat dah masuk 4 tahun kat sana.. setelah melalui pelbagai rintangan dan dugaan huhu

      Delete
  9. Lain macam cuaca sekarang. Cepat sembuh ye Wafi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak.. cuma 2 hari kat Kedah hujan kemain lebat petang.

      Delete
  10. semoga wafi diberikan kesihatan yg baik. risau kan bila anak2 jauh, tpi sakit ni

    ReplyDelete