Pages

Tuesday, October 27, 2026

Jogja 2026 - Keraton Ngayogyakarta Hadiningrat


Entrance fee IDR25,000 seorang
Akan disediakan seorang guide dari pekerja Keraton untuk menerangkan tentang Keraton Ngayogyakarta Hadiningrat.

Keraton Ngayogyakarta Hadiningrat ialah istana rasmi Kesultanan Yogyakarta yang terletak di Yogyakarta, Jawa, Indonesia. Istana ini bukan sekadar kediaman sultan, tetapi juga pusat kebudayaan Jawa yang masih memainkan peranan penting dalam mengekalkan adat, seni, dan tradisi masyarakat Jawa.

Sejarah ringkas
1755: Kesultanan Yogyakarta diasaskan oleh Sultan Hamengkubuwono I selepas Perjanjian Giyanti membahagikan Kesultanan Mataram.

1756: Kompleks istana mula didiami dan berkembang sebagai pusat pemerintahan serta kebudayaan.

Kini: Keraton terus menjadi pusat tradisi kesultanan. Sultan Yogyakarta juga memegang jawatan Gabenor Daerah Istimewa Yogyakarta di bawah aturan pemerintahan khas wilayah tersebut.

Apa yang menarik di dalam keraton?

1. Bangsal Kencono
Balai istana yang digunakan untuk upacara dan acara rasmi diraja, terkenal dengan seni bina tradisional Jawa.

2. Muzium dan koleksi diraja
Pameran yang berkaitan dengan sejarah kesultanan, pakaian tradisional, kereta kuda diraja dan pelbagai artifak bersejarah.

3. Seni dan budaya Jawa
Pengunjung berpeluang mengenali seni gamelan, tarian klasik, wayang kulit dan upacara tradisional, bergantung pada jadual persembahan.

Patung Abdi Dalem, iaitu petugas yang berkhidmat untuk keluarga diraja dan istana Keraton Yogyakarta. Abdi Dalem memainkan peranan penting dalam menjaga adat istiadat, melaksanakan tugas rasmi istana dan memelihara warisan budaya Jawa.

Pavilion ini hanya digunakan sebagai ruang pameran dan pengunjung tidak dibenarkan duduk di situ.


Jempana atau tandu diraja digunakan untuk membawa Sultan, permaisuri atau pengantin diraja. Tandu ini memerlukan tenaga sehingga 20 orang untuk mengusungnya kerana diperbuat daripada kayu yang berat.

Jom kita masuk ke dalam bilik muzium untuk melihat koleksi yang dipamerkan. Ibu, ambillah beberapa keping gambar sebagai kenangan!

Tulisan menggunakan aksara Jawa. Sekali pandang, tulisan ini nampak seperti tulisan Siam (Thai) juga, kerana bentuk hurufnya agak unik dan mempunyai lengkungan yang hampir serupa.

Adat bersiram merupakan salah satu upacara tradisional yang dilakukan terhadap bakal pengantin sebelum majlis perkahwinan. Dalam pinggan tersebut terdapat Bubur Abang, iaitu bubur berwarna merah yang digunakan dalam sesetengah upacara adat Jawa sebagai simbolik dalam tradisi masyarakat setempat.

Busana pengantin Diraja.

Upacara Dhahar Klimah

Usai acara tampa kaya, kedua mempelai melakukan upacara dhahar klimah. Mereka makan bersama, dengan tiga suap nasi yang diambilkan oleh mempelai pria. Prosesi ini melambangkan kehidupan keluarga yang rukun, serasi, dan bahagia.

Mempelai pria membuat tiga suap nasi yang dikepal-kepal dengan tangan, kemudian ditempatkan di piring untuk dimakan oleh mempelai wanita, disusul pemberian segelas air minum.


Terdapat juga Laboratorium Konservasi Keraton Yogyakarta berfungsi menjaga, merawat, memulihara dan memulihkan koleksi bersejarah milik Keraton supaya tidak rosak atau hilang nilainya akibat usia dan persekitaran.


Kami kemudian dibawa ke ruang pameran di Smarabawana untuk melihat pelbagai koleksi yang memaparkan warisan, adat istiadat dan budaya Keraton Yogyakarta.

Apakah maksud Smarabawana?
SmaraBawana atau semara bawana merujuk pada teminologi ruang dan dunia (jagad) dalam budaya Jawa.

Secara keseluruhan, istilah ini membawa gagasan tentang bagaimana manusia memahami dan menghayati ruang kehidupan, bukan sekadar melihat bangunan atau kawasan secara fizikal. 

Simbolisme: Dalam tradisi lisan dan cerita rakyat Jawa, ia dipercayai berperanan sebagai burung penjaga yang menangkis bahaya serta melindungi keselamatan rohani dan fizikal sesebuah wilayah.


Apakah itu Sengkalan?

* Definisi: Satu sistem kronogram tradisional Jawa yang digunakan untuk merekodkan peristiwa sejarah, tarikh, atau tahun kelahiran melalui perkataan atau nombor yang bersifat simbolik (*sandra sengkala*).
* Struktur: Setiap elemen atau lingkaran pada paparan berbentuk bulat mewakili digit angka tertentu, yang dibaca mengikut urutan tradisional (lazimnya dari kanan ke kiri atau dari belakang ke hadapan) bagi membentuk sesuatu tahun dalam kalendar Saka Jawa.

Signifikans Budaya: Dalam tradisi Jawa–Bali, Kala merupakan sosok mitologi berambut api yang berfungsi sebagai pelindung daripada kuasa jahat. Ditempatkan berhampiran pintu masuk atau pada siling (sebagai penolak bala), ia dipercayai mampu menangkal nasib buruk serta memelihara kesucian dan kedamaian sesuatu ruang.



Rekonstruksi meja jamuan Sultan Hamengku Buwono VII serta peralatan makan dan minum kerajaan.

Mewah sungguh set teh ini! Reka bentuknya sangat elegan dan klasik, memang menyerlahkan kemewahan serta kehalusan seni peralatan minum diraja.

Kami mengajak Mas Donz untuk bergambar bersama sebagai kenang-kenangan sepanjang lawatan kami di Keraton Yogyakarta.

Tour Guide meninggalkan kami untuk menyaksikan persembahan kebudayaan. Sebelum berpisah, kami memberikan sedikit tip kepada beliau sebagai tanda penghargaan atas khidmat dan penerangan yang diberikan, seperti yang disarankan oleh Mas Donz.

Tempat persembahan kebudayaan di Bangsal Sri Manganti (Bangsal Srimanganti). Bangunan ini digunakan untuk persembahan seni tradisional seperti tarian klasik Jawa dan muzik gamelan.




Di Keraton Yogyakarta, persembahan kebudayaan yang biasa diadakan ialah persembahan seni tradisional Jawa yang mencerminkan warisan dan adat istiadat keraton.

Antara persembahan tersebut ialah:
  • Tarian klasik Jawa – tarian tradisional yang mempunyai gerak-geri lembut, teratur dan penuh makna.
  • Wayang kulit – persembahan teater bayang-bayang menggunakan patung kulit dengan iringan muzik gamelan.
  • Muzik gamelan – persembahan muzik tradisional Jawa menggunakan alat muzik seperti gong, bonang dan saron.
  • Macapat – seni nyanyian puisi tradisional Jawa yang mempunyai nilai sastera dan falsafah.
  • Wayang wong – teater tradisional yang menggabungkan lakonan, tarian dan cerita daripada epik seperti Ramayana dan Mahabharata.
Menurut jadual persembahan di Bangsal Sri Manganti, Keraton Yogyakarta, jenis persembahan boleh berbeza mengikut hari. Antaranya termasuk muzik gamelan, tarian, wayang golek, wayang kulit, tembang macapat dan fragmen wayang wong.
 

Oleh sebab Keraton Yogyakarta mempunyai hubungan erat dengan Pantai Selatan, pasir yang terdapat di sekitar istana dibawa dari kawasan Pantai Selatan. Pasir tersebut berwarna hitam kerana mengandungi bahan gunung berapi yang berasal daripada aktiviti vulkanik Gunung Merapi.



Bangsal Kencana (Pavilion Emas) merupakan pavilion utama dan salah satu struktur paling suci dan disakralkan di dalam kompleks Pelataran Kedhaton di Keraton Yogyakarta.

Ia dibina semasa pemerintahan Sultan Hamengku Buwono II pada tahun 1792 dan melambangkan konsep Manunggaling Kawula-Gusti—iaitu kesatuan rohani antara Raja (Sultan) dan rakyatnya.

Fungsi Utama

* Singgahsana Sultan: Tempat rasmi di mana Sultan Yogyakarta mengadakan pertemuan diraja, menerima tetamu kehormat negara, dan menjalankan upacara rasmi istana.
* Acara Kebudayaan: Ruang ritual bagi sambutan keagamaan, istiadat perkahwinan diraja, serta persembahan seni tari dan set gamelan pusaka istana.

Perkataan disakral bermaksud dianggap suci, keramat, atau sangat dihormati kerana mempunyai nilai keagamaan, spiritual, atau tradisi yang mendalam.
Kata dasar bagi perkataan ini ialah sakral (pinjaman daripada bahasa Belanda sacraal atau bahasa Inggeris sacred). Apabila sesuatu tempat, objek, atau upacara itu "disakral", ini bermakna:
* Bukan perkara biasa: Ia tidak boleh diperlakukan dengan sesuka hati atau secara remeh.
* Memiliki aturan khusus: Sesiapa yang menghampiri atau menggunakannya perlu mematuhi pantang larang, adab, atau ritual tertentu (seperti tidak boleh memakai kasut, tidak boleh mengambil foto, atau perlu berpakaian sopan).
* Mempunyai "semangat" atau nilai spiritual: Dalam konteks Keraton Yogyakarta, tempat atau barang yang disakral (seperti Bangsal Kencana atau keris pusaka) dipercayai mempunyai kedudukan yang tinggi dalam sistem kepercayaan masyarakat adat, yang menghubungkan aspek duniawi dengan kuasa spiritual atau maruah diraja.
Secara mudahnya, disakral bermaksud disucikan dan wajib dihormati.

Larangan bergambar atau berfoto membelakangkan Bangsal Kencana  berkait rapat dengan adat, etika, dan penghormatan terhadap institusi diraja.

Keraton Ngayogyakarta Hadiningrat <checked>

No comments:

Post a Comment