Pages

Thursday, February 9, 2012

Abang imi dan extra class

Tahun ini abang imi akan ambik peksa UPSR.
Sebagai persediaan, sekolah akan mengadakan kelas tambahan pada sebelah malam setiap hari Ahad, Isnin, Selasa & Rabu jam 8 - 10 malam.
Kenapa tak petang?
Sebab kalau petang takde sapa datang.. ibu rasa 95% murid tahun 6 bersekolah di SRA.
Mula-mula dalam dilema jugak, ialah... dari pagi sampai ke malam kena belajar.
Kesian abang imi...dengan homework lagi.
Kalau kat rumah, habis homework kemudian wat revision sikit jer.
Mula lah mengantuk... tidur zzzz jam 10 malam.
Tapi ibu fikir yang positif jer.
Kalau kat sekolah, boleh wat discussion ngan cikgu dan kawan2.
Kalau kat rumah, mintak tunjuk ajar ibu tapi kadang2 ibu tak pasti dengan jawapan.. contohnya macam Maths... ibu risau jalan kerja yang ibu tunjuk tu tak sama yang cikgu buat.. nanti abang imi keliru.
Kalau kat rumah, Wafi akan tolong 'buat kerja'. Dia mesti nak sama2 duduk dalam bilik. Kacau2.
Kalau kat sekolah, insya allah harap2 abang imi boleh concentrate.
Abang imi cakap, cikgu bagi masa untuk wat homework.
Oklahh.. camtu sebab ibu terfikir gak bila masa abang imi nak wat homework.
Yelahh.. balik dari sekolah agama dah pukul 6.10 pm.
Ada hari kena latihan sofbol.
Petang sket nak tengok tv lagi.. kunun nak kasi relax sket.
Ibu takdelah nak paksa-paksa sangat sebab ibu tau kemampuan abang imi.
Ibu harap urusan abang imi akan dipermudahkan olehNya. Amin.

Sebagai balasan, abang imi cakap nak tidor pukul 11 malam.
Adehhhh... main balas2 pulak.
Ibu takut esok paginya abang imi takleh bangun.. ngantuk kat sekolah pulak.
Harap2 tidak lah..kalau ikut, selalunya jam 10 mlm abang mi tido, letak bantal terus zzzzzz...
Pagi senang sangat kejut..
Kita cuba dulu yer abang mi.

Monday, February 6, 2012

Hotspring Sungai Klah, Sungkai

Kami bertolak dari Tapah sekitar jam 10 pagi.
Yerlahhhh.. nak tunggu ummi masak-masak lagi.
Dalam 40 km jer dari Tapah.
Kalau dari KL, kena exit Bidor/Sungkai.
Hotspring ni sebelah kiri.
Dalam 7km dari jalan besar.
View ladang kelapa sawit yang sangat menenagkan. Sejuk jerr
Entrance fee, RM12 dewasa, RM10 kanak-kanak.

Parking kat padang. Sangat sistematik. Ada polis bantuan jaga.
Kalau sampai lewat, parking kat luar tapi pihak pengurusan sediakan tram.

Sampai2 makan dulu... kena ikut peraturan ayah abang mamat.
 Aduh, perut kenyang lagi ni tapi takleh bantah hehe..

Papan tunjuk arah.
Ada kolam air panas dan sejuk. Yang sejuk tu jadi tumpuan. Yang panas, memang hangat!

 Ni kolam air gunung..

 Ramai orang. Tempat besar sket dari yang kat Pedas, Negeri Sembilan.

Ambik gambar orang lain, sebab abang imi, kakad widad & the cousins entah kat ceruk mana. Susah nak cam.

Wafi yang tak sabar-sabar nak mandi. Takmo ambik gambar. Marah sebab ibu sibuk nak bergambar tapi kat sebelah tu air dah memanggil-manggil.

Penat weiiii... dok berjalan jer dalam air. Non stop. Penat ibu dok mengekor. Tak dapat ibu nak mandi-manda huwaaaaaa.... ibu asyik teringat gelongsor air tu huhu.. sebab masa kat sana sudah sakit kepala, panas.

Redup kan... tempat bersih. Makanan takleh wat masuk park area tapi diorang sediakan  area yang boleh bawak masuk food.

Laluan ke park yang redup dan bersih. Ada surau, cafe, toilet bersih dan changing room yang mencukupi.

Nyenyak.
Lapar plak. Makan burger tak cukup. Beli maggi cup plak.
Rendam kaki kat kolam-kolam air panas. Darjah kepanasan berbeza-beza. Ada ditandakan kat tepi-tepi kolam. Ibu cuba yang 42 darjah Celsius. Fuhhhh... serius panas. tak tahan.

Tempat merebus telur. Nak 1/4, 1/2, 3/4 dan full boiled pun boleh. Telur dan kicap ada dijual kat situ.
Jam 5.30 bertolak balik.
Semua dah merah padam. Termasuk ibu. Adehhh lupa plak nak sapu lotion.
Sempat lagi tuh main bola.
Balik mandi lagi. Belakang leher ibu dah gatal2 huhuhu...

Saturday, February 4, 2012

Cerita Widad

widad : ibu, eeeeiii adik tak sukalah..kat sekolah agama ada ramai budak laki sukakan adik.
ibu : alaa..... adik kawan-kawan macam biasalah...
widad : napa diorang suka adik bu?
ibu : adik kan cantik... comel...bijak..bla..bla...
adik : tapikan, napa takde budak laki suka adik kat sekolah kebangsaan?
ibu : errr... agaknya adik pengawas, kawan lain tengok garang.
Adik kawan ngan semua orang.
Jangan pukul2 budak nakal nanti diorang balas dendam.
Kalau diorang nakal, tulis nama bagitau cikgu jer dah. jangan marah-marah sangat. Biar cikgu yang uruskan.
adik : cikgu yang suruh
ibu : errrrr..... tak payahlah.. ibu takut diorang balas dendam. haaa... nanti mak bapak diorang serang adik kat sekolah... (teringat peristiwa dua tahun lepas huhu)

hahaha... macam-macam lah budak sekarang ni.
luckily anak-anak ibu nih jenis nak bercerita.
Ibu sedia mendengar..
Kakak Widad yang masih adik.
Kadang2 Wafi panggil adik adehhh...tiru jer...
Kawan-kawan pelik, apesal kat rumah panggil Widad adik, tapi panggil Wafi, Wafi.
Alaaa... dulu kan kakak Widad 8 tahun jadi adik.
Susah ibu, ayah & abang mi nak tukar panggilan.
Takpelah... kat rumah atok, nenek ngan ummi pun masih panggil ibu adik sebab ibu kan anak ke-2.
Sedara pun masih ada yang panggil kakak adik.
ishhhh.....

Friday, February 3, 2012

Cuti telah dipendekkan huhuhu....

Sepatutnya kan esok adalah hari yang tidak bekerja untuk syarikat kami.
Alternate saturday ni telah digantikan untuk cuti hari raya puasa 24/08/2012.
Jadinya terpaksalah mengikhlaskan diri kerja satu hari huwaaaaa.......
Ramai plak colleague yang ambik cuti esok sebab nak bercuti2 Malaysia.
Ibu nak kena bajet2 cuti tahun ni. Banyak projek.
Jadi ujung minggu ni takleh lah nak berjimba-jimba sakan.
Insyaallah plannya nak ke Hot Spring Sungai Klah ahad ni.
Jadi esok malam akan bermalam di Tapah.
Anak-anak macam biasa tak sabar sangat nak jumpa cousin diorang.

Thursday, February 2, 2012

Knocking Activity

Toy ni nama Peg & Hammer (suka bagi nama sendiri)
Beli kat Ikea, harga RM29.90
Melatih tangan anak2 genggam dan ketuk.
Koordinasi mata juga penting yelahhh... kalau tak tepat ketuk kat peg/pasak tu  aduiiiii bingit telinga ibu nak oiiii...

Jom wat aktiviti bersama Wafi.

 Ok, mula2 laraskan kedudukan toy. Bagi selesa yerr kawan-kawan.

Tengok Wafi buat. Kaki kena kangkang yerr kawan-kawan. Kalau nak bersila pun boleh tapi sebab peha Wafi ghemol payah lah sket hehe..

dan... mula ketuk. ikutlah mana satu nak ketuk dulu. yang merah ker.. yang kuning kerr...kalau ngam2 ketuk kat peg tu sedaplah bunyi dia, kalau tak.... satu rumah dengar..

Ok... dah siap... terbalikkan pulak. ketuklaaa banyak mana pun sampai abang imi ngan kakak widad suruh Wafi stop.. takpun sampai ibu jerit soh tukar toy lain sebab ibu dah manyak fenin.

Tapikan kawan-kawan... kalau dah penat.. tekan jerr dengan jari lagi cepat..hohoho....

Adeiiii... ini Wafi kan... lebih cepat fikir.. ni mesti pernah nampak abang dia buat.
Short cut ler pulak.
Bijak... bijak...

Try u-mobile broadband

Pagi ni bersiaran dari rumah.
Saje nak test u-mobile punya broadband.
Malam tadi try tapi slow macam kura2 tak makan 13 hari.
Ni lepas siapkan abang imi dan kakak widad ke sekolah.
Barulah lapang... kalau tak... ada jer diorang ni.
Sorang nak pegi cepat la..
Yang sorang lagi tengah bekfes la...
eeeeee.... kalau pagi memang menguji kesabaran.
Nasib baik yang wafi masih diulit mimpi..
Wafi umur 5 bulan dengan spinning alphabet
Pagi dapat satu bar jer tapi boleh lahhhh
Duduk kat area bukit ni apa lah yang boleh diharapkan sangat.
Terima jer lah....huhuhu...

Wednesday, February 1, 2012

Kawan SK & SM

Ni kawan ibu nama dia Nazlin Rahman.
Anak2 ibu kenalah panggil auntie Alin.
Auntie Alin ni kawan sekolah dari darjah satu sampai tingkatan tiga.
Lepas ibu sambung belajar di Ipoh tak pernah jumpa padahal auntie alin ni duduk Meru jer.
24 tahun baru jumpa balik. Lamanya.
Auntie Alin adik kepada Teacher Ayu.
Cantik dah langsing kan.
Seronok dapat jumpa tapi takleh sembang lama sebab dah petang, nak bersihkan Wafi yang comottttt dek makan bubur pulut hitam.
Oh ya, ni majlis kesyukuran Pusat Tuisyen Ayu.
Semua pelajar dan bekas pelajar dan ibu bapa dijemput hadir.

eeee.... chubbynya ibu!!!!!
so lepas ni takleh ambik gambar ngan orang2 yang langsing hokeh!!!!