Pages

Monday, February 27, 2012

Buku & CD : Ants on the apple

Akhirnya dapat gak ibu beli buku ni dari Teacher Watie GBOB.
Puas menunggu. Mula2 tu dah cari kat MPH tapi takde and diorang check kat seluruh branch pun takde stock.
Bila Teacher Watie mula post dalam FB, hurmmm terus jer orde, bayar and the next day dapat.
Cepat. Lagi cepat dari by hand hehehe..
Buku ni buku lagu huruf.
Ada disediakan CD.
Sangat catchy.
Pasang dalam kereta setiap kali hantar dan ambik Wafi.
Suka dia.
Dah ada yang dia boleh sebut.
Tapi mostly sama jer sebutan dia hahaha..
Dah macam kaedah Iqra'.
aa , beh, ceh
bukan ei, bi, si
Ibu pun sama belajar sistem bunyi.
Dulu masa ibu sekolah, belajar suku kata ba bi bu, Bami & Kawi pun sama.
Nanti bila Wafi sekolah takdelah ibu rasa pelik dengan kaedah yang diajar.
Yang ibu baca, banyak sekolah2 tadika mengamalkan sistem bunyi untuk mengajar murid2.
Harga buku ni RM39.90 (Delta Publishing)

Tulisan dia besar2. Vowel dalam warna biru. Konsonan hitam.

CD lagu yang catchy.

Friday, February 24, 2012

Ingatkan dah tak boleh berblog...

Dah beberapi hari tak masukkan xtvt anak-anak.
Ada banyak benda nak tulis tapi masalahnya takleh nak upload gambar sebab kata dah guna up to maximum. 1024MB
La yer ker?
Ingatkan boleh upload berapa banyak pun.
Tak pahamlah. Habis tu kena bayar kat gmail ker untuk upgrade kapasiti?
Ke selama ni salah cara upload gambar.
Gambar2 dalam blog ni masuk kat picasa ker?
aduhhhh.... lembab betul otak.
Ni cuba2...

ehhh.. boleh plak.
Dah beberapa hari lepas memang bukan format yang selalu guna.
Ada sikit jer ikon kat atas tu.
Hari ni lain plak.
hurmmmm... entahlah... tulah.. orang ada blog, ibu pun nak ada blog.
Bila kuar mesej soh upgrade sampai USD256 huhu.. ingatkan nak terminate jer..
alahaiiii...

Monday, February 20, 2012

Batuk dan berkahak



Biasanya ibu akan nyanyi lagu "Ants on the apple" sampai habis. Sambung lagi nursery rhymes yang lain.
Kalau tak.. mana boleh dok diam.
Mula2 Kawi pasang lagu dalam hp tapi takut ganggu patient lain.


Wafi start batuk since ahad lepas.
Masa tu sikit2 jer.
Ubat pun guna balance yang lepas.
Rasanya November 2011 last sekali sakit.
Bila dah hari Rabu, ada bunyilah pulak kat tekak tu.
ermmm... sah2 dah berkahak.
Doktor cakap dah pekat, dengar kat paru2 pun ggrrrr.. ggrrr..
Tapi alhamdulillah, bila malam, tidur ok jer. Bunyi masa menyusu.
Bila pagi dan malam ada lagi bunyi.
Time sejuk2 ni memang ada bunyi.
Dok berulang tiap2 hari kasi gas.
Dr Zainal mention kalau Wafi muntah cepatlah sket kahak tu hilang.
Habis tu camne dah Wafi pun tak mau muntah.
Hari Sabtu lepas satu hari tiga kali pegi klinik, buat neb.
Hari ahad pegi lagi masih ada bunyi.
Dr Azrul kasi ubat paru-paru sebab katanya dah berhari2 tak hilang kahak tu.
Tapi yang pastinnya kalau kasi ubat paru2 mesti muntah.
Apalagi... time bagi ubat tu memang kasi ubat ni dulu.


Kalau tak... habis karang ubat2 lain yang dah diberi.
Alhamdulillah, malam tadi tinggal sket jer bunyi
Pagi tadi bangun tido takde bunyi tapi tak taulah sebab masa tu Wafi masih mamai2 lagi.
Kalau dia lagi aktif, lagi kuat ler bunyinya.
Tapi si Wafi ni memang ler aktif. Tak macam orang sakit pun.
Ya Allah, sembuhkan lah anakku ini.
Jauhilah dia dari sebarang penyakit.

Bami yang sabar menanti. Tu kalau boleh nak landing2 dapat seminit dua ngorok pun best kan! 

haaaa... main apa tu. Ni dah lepas neb, sementara tunggu doktor check..
Digodek-godek equipment kat situ.

Tengok petang ni kalau masih lagi batuk2 memang nak kena bawak gi klinik lagi kasi neb.
Ibu sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak ibu.

Demi kerana kau....

aku sanggup meredah mangkuk tandas uwekkkk....
adehhhh... pilu sunguh bila memikirkan hp ibu nih.

Dahlah beberapa hari lepas dengan bangganya Wafi Hanani telah mencabut button2 Menu, habis semua.
Susahlah nak send sms, nak dial pun terkial2 mencari punat kecik, arrow atas bawah, kiri kanan.
Tanya kat kedai2 accessories pasal housing, cakap takde.. kena order.
Maklumlah model ni pun dah lama dah tak kuar.
Ayah plak dengan eksyennya soh tukar.. ellehhhhhh mentah-mentanglah dia takyah kuar duit, tapi kalau sayangkan bini apa salahnya kan.. anggaplah nafkah zahir hehehe...

Tulahhh... hp letak kat poket suar jean lagi.
Bila masuk tandas, lepas pee (belum flush lagi) tengah pakai suar plinggggg... elok jer depan mata terburai 3, masuk terus ke lubang tandas kat Giant Setia Alam.
Chehhh nasib baik pee aje.. kalau poo poo mau pikir 14 juta kali nak ambik.
TERPAKSA la menyelukkan tangan ambik. eeeeeee.....
Keluar2 cepat basuh sket, lap2 dulu.
Sampai rumah kasi jemur.
Fuhhhhh.... nasib baik masih bernyawa.
Sayang kamuuuuu.....
Tak dapat ambik gambar hp sekarang sbb selalu ambik gambar pun pakai hp ni jerr huhuhu...

Tuesday, February 14, 2012

Abang Imi dan motor

Entah bila masanya abang imi belajar motor, ibu tak tau.
Tau-tau dah dok depan.
Gamaknya tiap kali datang Tapah belajar dari the cousins.

Darjah 6 pandai bawak motor.
Kalau kat Jalan Rebung tu budak-budak darjah 3 dah ramai yang bawak.
ehhhh.... macam Izzat la.. cepat je bawak.
Dulu ibu pun dalam darjah 6 gak belajar motor.
Motor pertama ibu beli secondhand Yamaha merah BEL 3050 dengan harga tunai RM3500.
Ingat lagi pegi keje naik motor pepagi.
Sekarang ni kalau soh bawak motor macam dah tak berani lah.

Pusing balik.
Diorang ni kalau kat sana, belinya gula tapi yang ke kedai 4 orang, dua motor.
Tu yang manjang ajer minyak motor abis.
Ummi senang la... asal habis jer barang, abang mamat the gang jadi mangsa.
Tapi diorang suka jer.
Nasib baik kat rumah kita takde motor kalau tak mesti abang imi ke hulu ke hilir.
Tapi best jugakkan kalau abang imi bawak motor, senang nak suruh-suruh.
Takpelahh nanti2 kalau abang imi dah boleh buat lesen baru kita pikir balik yekkk...
ohhh... motor ibu masih ada lagi.
Atuk bawak ke kebun huhuhu....

Monday, February 13, 2012

Weekend yang penuh aktiviti

Hurmm.. hari ni terasa keletihan.
Kurang rehat semalam dan the day before.
Since ayah outstation, ibu kena handle anak-anak ke tuisyen dan extra class.
Kemudian kenduri saudara mara pulak.

Sabtu malam, rumah Cik Ton ada wat kenduri kesyukuran sempena Cik Man pencen.
Sempat makan kuih muih jer sebab perlu bergegas ambik kakak Widad.
Aiman cakap, Sian abang Imi tak dapat makan.
Nak buat macamana.. nak tapau masa tu tengah baca doa.
Balik singgah beli burger untuk kakak Widad. Abang Imi dah kenyang makan kuih.
Nak ulang balik dah malam... Wafi dah letih ngantuk.. siap mengamuk2 dalam kereta.
Pagi-pagi ahad buat kuih cara untuk diberi pada Cik Ina sebab anak beliau Hilda nak bertunang
Nak bawak tangan kosong segan pulak.
Sekali buat untuk potluck budak2 matriks express.

Cik Elis dan Cik Nora tengah rewang.. buat kerabu mangga.

Cik Echa rewang gak.... rewang anak hikssss...

Sekali lagi... jam 12.20 kena angkat kaki sebab nak ambik kak widad lagi.
Terlepas makan tengahari dan tunggu kunjungan rombongan meminang. huhu...

Pukul 2.30 kena siap-siap ke Setia Alam pulak.

Friday, February 10, 2012

Bangga

Tahniah kepada rakan ibu, Raja Azura Raja Mahayuddin aka Roger di atas perlantikan beliau sebagai CEO Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera.
Berita ada di sini

Wahhh... sebelum ni kat MAS pun dah jadi orang penting, sekarang lagiiiii lah.
Sangat bangga dengan awak, Roger.

Bangga juga bila kakak widad telefon tengahari tadi bilamana kakak widad dapat tempat ke-11 Pertandingan Merentas Desa Peringkat Sekolah Kebangsaan Bukit Kapar untuk Tahun 4.
Kakak Widad cakap ada 15 hadiah jer.
Oklah, kakak Widad, tahniah.
Pagi tadi sebelum pegi kakak widad ada batuk-batuk sket. Ibu dah pesan takyah lari-lari sangat takut penat.
Dia bilang, masa pertandingan tu mula-mula lari, lepas tu jalan, lepas tu lari lagi, jalan pulak.
Pastu, nak hadiah pulak dari ibu... aikkkkk kan dah dapat medal.
Aduhaiii anak... tiap2 hari memang ibu kira yen yang juta2 tapi tu duit company lah nak oiiii..
Tapi tu lahh.. sebagai ibu kalau boleh mesti nak membahagiakan anak2.
Ibu belikan dah hadiah tapi cam biasalahh stationery.
Benda2 yang boleh diguna pakai dan ibu tau anak ibu mesti suka.

oo ooo... abang imi dan kakak widad tak ke sekolah agama petang ni sebab sakit kaki.
Pagi tadi ibu dah pesan, kalau tak larat atau sakit kaki tak pegi sekolah pun tak apa.
Done2 balik sekolah terus telepon cakap kaki lenguh.. melecet... seliuh..ermmm...ada jerr alasan.