Pages

Thursday, October 14, 2021

Pengering Rambut Ganti Seterika

Pernah tak bila di hotel nak gosok tudung tapi malas.
Malas sebab nak kena keluarkan seterika dan iron board. Sebab nak kena buka dan setting lagi.. takpun jika di hotel yang hanya sediakan iron bila kita request.

Guna sahaja pengering rambut.
Tapi ini untuk kes malas dan hanya nak licinkan bahagian awning certain area yang tak nampak berkedut.

Set kan pada kelajuan paling tinggi atau paling panas. Halakan sahaja pada bahagian yang kita nak licin. Buatlah dengan penuh kesabaran.
Pasti menjadi.
Ibu hanya cuba pada bawal cotton mungkin kain lain pun boleh juga.

Sebelum ini Cik Fatin pernah buat dan bagitau ibu masa kat hotel di luar negara tapi ibu dah lupa.

Tapi kalau tak sabar dan pakaian atau tudung nak lebih kemas dan licin lebih baik guna seterika sahaja.

1 comment: