Pages

Thursday, November 18, 2021

25th Anniversary

18.11.2021
Sempena Ulangtahun yang ke 25 bekerja.

Teringat lagi semasa memulakan pekerjaan di syarikat. 
Setelah tamat latihan praktikum, bos HR beri cadangan agar ibu kerja situ dulu sementara belum dapat pekerjaan lain. Ibu terima cadangan tersebut sebab latihan praktikum ibu adalah di semester yang terakhir jadi tak perlu kembali ke kampus.

Ketika degree, ibu intake Disember kerana dapat masuk kelas elite semasa matrikulasi. Kelas elite ini membolehkan pelajar menamatkan 3 semester (1 1/2 tahun) sahaja instead of 4 semester (2 tahun). Rasanya CGPA kena 3.5 ke 3.75 above. Lupa dah... lama sangat. Jadi batch matrik ibu yang tak dapat lompat kelas akan masuk Julai dan latihan praktikum mereka di semester ke 7. Semester akhir mereka masih perlu menghabiskan pengajian di kampus.

Masa konvo tahun 1997, ibu antara graduan yang telah bekerja. Ada juga rakan yang masih belum bekerja ketika itu. Inilah pekerjaan yang tidak memerlukan interview kerana ibu telah menjalani latihan praktikum. Namun probation period masih tetap 6 bulan. Sepanjang kerja hanya sekali sahaja ibu pergi interview di syarikat lain. Sekadar mencuba. Namun tidak berjayaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. Mungkin direzekikan ibu bekerja di syarikat yang sama.

Hanya kerana bekerja sementara telah berlanjutan selama 25 tahun.
Dimulakan sebagai Trainee, Executive, Assistant Accountant, Senior Assistant Accountant dan Accountant.

Masa mula-mula bekerja dulu, terkejut juga sebab ramai yang berkhidmat lebih 10, 20, 30 dan ada yang almost 40 tahun. 
Setianya mereka sehingga hujung nyawa😎

Cukuplah serba sedikit cerita... tahun depan sambung (kalau masih bekeja situ lagi)πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Masuk je ofis pagi tadi (semangat lah sikit hari ni) bos awal-awal dah masuk. Beri briefing agar kami buat self test kit sebab ada seorang staff department kami bergejala dan bila buat test pertama +ve dan kali kedua -ve.

Alhamdulillah, semua officemate clear.

Petang ayah dan Wafi ambil ibu di ofis since pagi tadi ibu ayah hantar. Bami nak bawak kereta ibu untuk tonton bola di Stadium Cheras.

Dinner terus di restoren sebelah lampu isyarat Meru.

ABC Tembikai.
Besar betul. Cukuplah untuk kami bertiga. Itupun ada lebih sikit sebab perut dah penuh.

Nasi goreng kambing Wafi.

Ayah ambil Char Koay Teow.

Set kambing bakar ibu punya.

Makanan semua sedap.
Masing-masing pun dah lapar.

Habis dah cerita satu hari...


 

No comments:

Post a Comment