Pages

Friday, November 26, 2021

Makan Malam di Ink Library Cafe

Hari ni ibu keluar ofis jam 7 pm. Bila entah boleh keluar jam 5. Jenuh nak habiskan report untuk  tax submission due akhir bulan ni. On the way balik tu teringin nak duduk-duduk minum secawan coklat panas untuk tenangkan fikiran. Call ayah nak ajak keluar.. rupanya ayah dah ada appointment lain. Tanya Bami samada nak join sebab kalau Bami enggan, ibu cancel sebab tak nak drive lagi. Bila Bami kata ok maka pergilah kami bertiga. Kita ke Ink Library Cafe, Eco Grandeur.

Bila tengok menu terasa nak minum hazelnut latte (RM12.50) pulak. Bami minum Iced hazelnut latte (RM14.90). Bila minum tak terasa sangat hazelnut tu.. pahit lebih. ok.. next time tak nak order ni lagi. Tak sesuai dengan tekak ibu.

Wafi order nasi goreng ayam (RM18.50).


Ibu ingat nak minum je tapi bila nampak menu Dory fish and chip tiba-tiba perut lapar😁😁
Set ni RM18.50
Kalau tambah ikan RM7

Pizza Hawaian Chicken (RM26.80) untuk Bami.
Uihh.. Bami boleh makan 6 slices.

Sweet... sweet time💃💃

Susah betul ambil gambar si bujang sorang ni.

Wafi kata tutuplah pipi kita...
ehh.. mana boleh.. pipi tu lah yang mahal😎😎

Sekarang dah pandai pakai shawl.
Manis.

Hai Kakak Widad..... 
We miss u (pasti kakak baca blog ibu kan😄)

Terlebih cahaya dalam cafe gambar blurr.
Bami bagi suggestion agar ibu beli Iphone sebab ibu suka ambil gambar dan masuk blog.
errr.... belum terfikir lagi sebab ibu jenis lasak.. phone asyik lah terjatuh. Karang phone mahal jatuh ibu murung... so tak perlu susahkan diri.

Kot nanti dah boleh travel jauh barulah boleh difikirkan😁😁

One for the album.
Style sekarang ambil gambar tak pandang kamera.

Sebenarnya ada cerita yang mencemaskan masa on the way nak ke Eco Grandeur.
Masa lalu Jalan Rebung ada bunyi kat bawah kereta. Bami berhenti tepi tengok tak ada apa-apa.
Jadi teruskan jalan.. sesekali ada bunyi sesuatu bergeser. Bami kata mungkin batu. Bami bawa kereta perlahan-lahan. Sesekali ada bunyi.

Bila bawa laju bunyi bergeser tu makin kuat. Selepas trafik light Puncak Alam bunyi balik. Ada seorang lelaki naik motor lalu sebelah kereta kami, beliau tunjuk arah bawah kereta kami dan minta kami berhenti di tepi. Masa tu kereta kami kat bahagian kanan untuk ke Eco Grandeur. Bami pasang lampu kecemasan. Penunggang motor ni cakap ada percikan api kat bawah kereta. Allahu...

Beliau minta kami bawa kereta ke tepi since kami berhenti hampir trafik light. Jadi Bami pandu perlahan menghala ke Alam Jaya. Lepas trafic light Alam Jaya tu Bami berhenti di tepi jalan. Penunggang motor tu suluh dan beritahu ada dawai tersangkut kat bawah kereta. Cari kayu kat tepi jalan tak ada pulak yang panjang. Penunggang motor tu kata kalau ada payung boleh juga.. Ehh... tak terfikir. Memang ada payung kat tepi seat depan.  Bami tarik gulungan dawai tu letak tepi. 

Dah lepas baru teringat patut bawa balik dawai tu dan ibu nak komplen kat kedai hardware tepi Jalan Rebung sebab masa lalu depan kedai tu terdengar bunyi geseran.

Masyaallah... Alhamdulillah.. Allah hadirkan seorang insan yang sangat prihatin. Setelah kami ucapkan terima kasih, masing-masing beredar pergi. Bami buat pusingan U dan menuju je Eco Grandeur. Semoga penunggang motor yang tak sempat kami kenali, Allah beri rahmat berganda-ganda dan sentiasa dipermudahkan urusan.

 

2 comments:

  1. Suspennya bab ada percikan api bawah kereta. Syukurlah tak apa-apa.
    Ink Library ni salah satu tempat kami nak kunjungi sewaktu kami di Puncak Alam tempohari, tapi tak sempatlah pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang suspen kak bila ditegur.. ingatkan ada sesuatu tersekat tak sangka pulak dawai yang oleh cetuskan api.
      lainkali balik sini boleh makan kat Ink Library...tipikal cafe hispster gak.

      Delete