Pages

Wednesday, November 10, 2021

Jalan-jalan Nilai - Hotel Aeton

Disebabkan ayah booking hotel lewat, maka hotel di Bandar Enstek dah penuh. Politeknik Nilai terletak di Bandar Enstek walau namanya Poli Nilai. Jadi ayah book lah hotel di Nilai. jarak antara nilai ke Poli adalah 20 minit perjalanan.

Tempat menunggu.

Kaunter pendaftaran.

Ada labi-labi. Ibu ingat kura-kura.. adehhh.. lupa pulak kura-kura duduk dalam air yang sedikit. Penyu memang bukanlah sebab mesti besar.

Harga bilik.
Ayah ambil Standard Room 2 single bed berharga RM90/night.

Kami check in jam 10.30 pm macam tu.
ehh.. takde potongan ke hahaaha

Walkaway.
Bila malam lalu sorang-sorang seram hehehe..
(terlebih tengok cerita Siam😁)

Bilik luas.
Bersih dan kemas.
Channel TV pun jelas.
Safety box juga disediakan.

Tandas bersih.
Toilettries asas sahaja diberi. Body wash, shampoo and soap.
Berus gigi tidak disediakan.

Besar betul almari tu.
Ayah tidur sebelah almari tu hehe..
Ayah bawa siap-siap toto nipis dan selimut.

Sampai-sampai diffuse Frankincense.
Must bring eo, Digize dan RC.

Minggu lepas masa ke Sabak Bernam terlupa bawa Digize.. perut sakit semacam (mungkin terlebih makan nangka). Sapu Frank masih terasa sakit. Minta ayah beli pil Chi Kit Teck Aun.

Oh ya.. overall sangat puashati dengan bilik di Hotel Aeton.
4 1/2 bintang,
Yang 1/2 tu kurang sebab view tak cantik bila buka curtain.. belakang lorong kedai-kedai hahah..

Highly recommended.
 

No comments:

Post a Comment