Alhamdulillah hari ini 13.11.2021 adalah ulangtahun perkahwinan ibu dan ayah yang ke 22 tahun and still counting.
Macam biasa ibu lah yang ingatkan ayah itu pun dah petang hahaha..
Sama-sama tak berapa nak ingat. Jadi tak ada lah masing-masing rasa kecil hati. Kadang2-kadang member wish baru teringat. Teruk betul lah!
Ini pun sebab last week ibu wish anniversary Acik Quzai 7/11. Senang nak ingat sebab seven eleven. Seminggu selepas itu baru anniversary ibu dan ayah.
Jadi ayah plan makan kat luar malam ni. Keluar selepas Maghrib.
Ayah pulak tak beritahu nak makan di mana. Ibu dan Wafi follow je masuk kereta. Abang Imi minta tapau je sebab katanya nak study untuk MUET.
Menghala ke Eco Grandeur tapi masih tak pasti di mana.
Rupanya ayah bawa ke restoren Chef Zubir.
D'global Cuisine by Chef Zubir.
Sebelum ini pernah makan di restoren Chef Zubir yang pertama iaitu Laman Gril di Seksyen 13. Pertama kali di sini bersama anak-anak (throwback sebab tiada entry masa kejadian) dan kali kedua ke sini juga semasa sambut birthday ibu.
Gigih lah pakai molek sikit malam ni sebab nak ambil gambar hehe..
Tq Wafi ambilkan gambar ibu dan ayah.
Kalau budak-budak berlari-lari memang berbunyilah lantai.
Daging Tenderloin yang lembut. Ada juga nasi goreng, sayur, salad dan Sup Miso.
Harga tak perasan macam almost RM30
Wafi tak enjoy sangat sebab tak biasa makan tapi teringin makan sebab nampak menyelerakan. Penuh dengan rice cake katanya. Habis juga bila ibu dan ayah bantu makan. Wafi habiskan nasi goreng ibu.
Harga almost RM30
RM5.80
Makan 3 orang rasanya dalam RM130 camtu.
Resit entah mana ayah letak.
Bismillah.
Lainkali boleh repeat sini bawa Kakak Widad dan Abang Imi.
Ayah dah pernah bawa Bami makan yang di D'Network.
Pengarang jantung ni mula-mula bagi ibu dating dengan ayah tapi macam tak ikhlas. Last-last bawa lah sekali.
Buat anak-anak tercinta.
Muhammad Rahimi
Widad Hanani
Wafi Hanani
Semoga kebahagiaan milik kita semua.
Hingga ke Syurga Allah.
Tahniah. Sudah capai angka 22 tahun. Sudah cukup matang!
ReplyDeleteMoga ikatan terus berpanjangan hingga ke syurga. Aamiin.
Terima kasih kak❤
ReplyDeleteAamiin...