Pages

Saturday, November 6, 2021

Jalan-jalan Selangor - Laman Tebu Aidil

 Tempat yang viral juga sekarang ini adalah Taman Tebu Aidi. Tempat ni pun tak jauh dari Sekinchan Coconut Farm. Dalam 5-6 km macam tu. Ayah kata entah-entah tokey yang sama haha...

Ayah sahaja turun untuk meninjau kawasan. Masih sama... ramai orang juga. Masing-masing nak berOOTD juga di laman ini. Ayah pun kata tak berbaloi nak menunggu. Juga orang yang ramai.. ehhh... tak mau. Kita elakkan tempat yang crowded di musim pendamik ini.

Kereta berderet-deret parking di tepi jalan. 

Sementara tunggu ayah, kami ambil kesempatan mengambil gambar di hadapan ladang tebu.

Sebelah kiri tu ada terusan. Penuh air dalam tu.

Dikiri kanan itu adalah pokok-pokok tebu. Takde lah sepanjang jalan. Hanya di kawasan laman je cantik terjaga... yang lain-lain tu semak gak dengan daun-daun kering dan rumput di tanah. 

Ni kira "DONE" juga lah eh... buat masa ini tak adalah nak repeat lagi. Dah sampai ok dah.

Tempat viral ni kalau tak silap mula viral tahun ini rasanya sebab tahun lepas masa jenguk Kawi di Poli tak dengar pula tempat- tempat ni. Yang biasa pergi adalah Restoran Lembah Bernam yang menyajikan makanan eksotik.

Baiklah... next...

No comments:

Post a Comment