Gambar-gambar bersama Acik Quzai semasa kami attend konvo Cik Fatin di Politeknik Nilai.
Acik Quzai ni merupakan coursemate, collegemate dan unimate.
Habis degree Bachelor in Accounting di Universiti Utara Malaysia dan konvo pada tahun 1997, kami membawa haluan masing-masing.
Ibu meneruskan pekerjaan di syarikat yang sama setelah tamat latihan praktikum. Insyaallah esok 18/11/21 genap 25 tahun bekerja di syarikat.
Acik Quzai meneruskan Master dibawah biasiswa KPM/Politeknik (lebih kurang macam tu lah) sebelum menjadi lecturer di beberapa buah Politeknik. Politeknik Shah Alam kemudian ke Melaka sebelum berpindah ke Politeknik Muadzam. Terkini di Politeknik Nilai. Suami Acik Quzai, Dr Fuaad juga seorang pensyarah di politeknik yang sama.
Disebabkan dah beberapa tahun tak jumpa (rasanya jumpa masa kenduri adik Cik Quzai), maka kami mengambil peluang bergambar sakan.
Dari dulu muka dan tumbesaran sama je.
Cuma ada dah wrinkles macam ibu 😁😁😁😁
Nantilah kami buat botox bersama-sama biar muka masing-masing nampak tegang hahahah
Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik.
Sentiasa di bawah kasih sayang Allah.
Insyaallah dapat berjumpa di lain kali.
No comments:
Post a Comment