Pages

Wednesday, November 24, 2021

Bila sakit kepala datang

Dah 2 hari ibu sakit kepala. Semalam di ofis sudah terasa berdenyut-denyut. Balik makan panadol dan jam 8.30 terus tidur. Ibu rasa sebab tekanan kerja yang berlebihan. Bulan ini banyak report perlu dihantar ditambah pula kekurangan pembantu pula. Bila balik lewat tak cukup tidur pula. Malam terjaga dari tidur teringan perihal kerja pula. Susah pula nak tidur balik. Itu yang tak cukup tidur dan sakit kepala.

Ibu pun tak larat masak. Malam ni ayah beli sahaja. Ini Wafi hidang makanan kat depan TV sebab Wafi tak bagi ibu jalan jauh ke dapur. Lepas makan boleh tidur.

Sebelum balik ofis tadi ambil buah dari HR, pemberian syarikat untuk semua pekerja. Dapat 1 plastik anggur, 3 biji epal dan 3 biji oren. Pihak syarikat nak pastikan semua pekerja sihat dengan makan buah-buahan. 

Alhamdulillah 

Malam ni sapu dan diffuse Pepermint dulu sebelum tidur.


 

2 comments: