Pages

Saturday, November 27, 2021

Makan tengahari di Warong Soto Ori Kanang

Tengahari tadi keluar dari ofis agak lewat.. hampir jam 3 pm. Perut dah lapar perlu diisi. Ayah kata dah masak. Ibu pulak teringin nak makan soto bila teringat soto yang Amie's Little Kitchen makan di Warong Soto Ori Kanang di sini. Ambil ayah di rumah tapi Wafi tak ikut sebab berada di rumah nenek.  

Dating lah kami berdua.
Perjalanan dalam 20 minit dari rumah. 

Masa kami sampai ada 2 meja sahaja ada pelanggan, tak lama lepas tu hampir penuh meja. Ramai pelanggan warung ni.

Gambar dari google image.
Warung ni terletak di Bukit Cerakah, Jeram.
Adik yang jaga kata ada satu lagi cawangan di Bukit Hijau tetapi tutup buat sementara.
Inilah pertama kali kami ke Bukit Kucing walau selalu dengar nama kampung ni.

Rojak biasa RM4 kami kongsi berdua.

Ini soto super special RM6.
Ada tambahan ayam dan begedil.
Ibu dan ayah masing-masing makan semangkuk.

Sambal cili.

Mula-mula ayah minta sambal kicap lalu pelayan memberi sebotol kicap dan sebekas sambal hijau.
Di sini sambal yang dihidangkan tak guna sambal kicap yang lazimnya disediakan oleh warung soto.

Ais mangga.
Secukup rasa.
Tidak terlalu manis.

Cendol sawit.

Kedua-dua minuman ni ibu tak pasti berapa harga sebab tidak tertera harga.
Mungkin RM3-RM4 semangkuk sebab jumlah keseluruhan yang kami bayar RM22.


Inilah senarai makanan dan harga di warung tersebut.

Boleh juga order makanan bergoreng di situ.

Ibu nampak ada pelanggan makan mi hailam.. uih... nampak sedap juga.

Balik kami ikut waze juga tapi pilih route lain. Jalan Bukit Hijau menghala ke Puncak Alam sebab jalan yang kami pergi tu (Bukit Kerayong) lalu jalan yang sedang dibaiki, berbatu belum diturap. 

Ayah kata menarik juga jalan-jalan cari makan di kampung orang.. boleh cuba masakan lain.




 

6 comments:

  1. Wah! Sampai juga ke Warung Ori Kanang ye. Warung itu di Bukit Cherakah. Di sebelah warung tu ada pasar malam hari Rabu. Datanglah ke situ, ada nasi ambeng, ada pecal. Bukit Kucing pula di sebelah sekolah, ke depan sedikit dari warung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak merasa juga kak soto sana. Owh.. itu Bukit Cherakah sebab waze tunjuk Bukit Kucing. Mungkin sebab dekat2 je eh. Baru tau kat Jeram ada Bkt Cherakah sebab jalan dari Bukit Kapar ke Puncak Alam pun nama Jalan Bukit Cherakah. Lain kali boleh riki2 pasar malam sana pulak.

      Delete
  2. Memang dari zaman dulu (zaman saya kecik-kecik) sambal itulah yang dihidangkan, bukan sambal kicap. Biasanya kalau hari Ahad, mereka berniaga soto di pasar Sungai Buluh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pertama kali makan sambal hijau dalam soto. Sedap. Suami saya makan tanpa sambal sebab dia suka makan plain. Dah secukup rasa katanya. Dah lama lah ya warung tu. Walau warung kecil tapi masakan pelbagai.. ramai plak pelanggan.

      Delete
  3. Selamat menjamu selera
    nampak sedap2 belaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih wak.. memang sedap2 semua makanana di situ.

      Delete