Ayah plan untuk bawa ke beberapa tempat sebelum hantar kakak ke Poli. Destinasi pertama adalah Selangor Fruit Valley yang terletak di Bestari Jaya. Sebelum tu ambil Wafi di homestay Bandar Tasik Puteri. Abang Imi tak join sebab nak hiking esok hari.
Perjalanan dari BTP mengambil masa 30 minit. Kami sampai dalam jam 9.40 am macam tu.
Masa kami sampai tak ramai lagi. Penjaga parking pun ada dan memudahkan pergerakan.
Harga tiket masuk.
Itu adalah batch ke tiga.
Ketika menunggu tram seterusnya. Pihak pengurusan yang akan tetapkan kumpulan. Jadi tunggu sahaja mereka panggil untuk menaiki tram yang seterusnya. Sementara tu bolehlah makan buah-buahan tadi.
Wafi cakap kat kakak kenapa nak masuk koc yang last... dia takut koc tu menggelongsor. Adoiiii... Wafi... Wafi...
Kiri dan kanan penuh dengan pokok buah-buahan seperti nangka, madu, jambu, rambutan, manggis, kelapa, ciku dan lain-lain.
1st pit stop.
Kat sini berhenti dalam 15 minit. Bolehlah jalan-jalan sekitar.
Bila cukup masa driver tram akan panggil untuk naik tram ke destinasi seterusnya. Ini tram lain pula.
Taman Rusa
Belakang tu ada rusa bintik-bintik.
5 minit kat sini dan naik tram yang sama.
Cukup masa kami dibawa ke pit stop seterusnya.
Lalu ladang sayur-sayuran pula. Ada nampak ladang bendi, cekur manis, peria, keledek dan pelbagai lagi sayur-sayuran.
Ada reban ayam dan itik juga. Kat sini agak berbau walaupun memakai mask. Cepat-cepat menuju tempat lain.
Harga RM3 sahaja. Isi pun terbaik.
Gerai ni pun ada jual buah-buahan untuk rojak. Popcorn dan kerepek-kerepek. Harga pun affordable. RM3 sahaja.
Kiranya di setiap pit stop hanya batch yang sama sahaja. Tidak akan bertemu dengan batch yang lain. Jadi keadaan sangat teratur dan tidak padat.
Cuma tak adalah tour guide. Driver tram hanya bawa pengunjung ke destinasi yang ditetapkan.
Selesai lawatan jam 11.30 am.
Anggaran trip adalah 1.15 - 1.30 jam
Highly recommended.
Bawalah anak-anak datang ke sini. Kenali tumbuh-tumbuhan dan haiwan ternakan.
Seeloknya datanglah awal untuk mengelakkan masa menunggu.
not nice
ReplyDeleteCool and I have a neat give: What Renos Add Value house renovation planner
ReplyDelete