Dari Bagan Datuk menghala semula ke Sabak Bernam. Cari makan dulu sebba last kami makan masa breakfast pagi tadi. Nak makan kat restoren yang ayah pergi malam tadi tutup pula. Ada satu restoren ni nak tutup tapi masih ambil order. Bolehlah makan cepat2. Lepastu tapaukan KFC untuk bawa ke rumah Cik Mazura. Jam 6 pm sampai Poli dan solat dahulu di masjid sementara tunggu Cik Mazura balik dari Sungai Besar.
Kat rumah Cik Mazura pun tak boleh lama sebab jauh lagi perjalanan nak balik Klang. Kesian juga pada kakak nanti dia sedih bila semua orang balik. Ibu pun tak boleh tengok kakak lama-lama nanti ibu yang sedih tinggalkan kakak.
Ibu tak ambil gambar kakak sebab nampak kakak sebak.
Jadi ibu share gambar yang Cik Mazura ambil.
Iqy, anak bongsu Cik Mazura yang manja.
Harap kakak tak sakat dia hahahha..
Tau je lah perangai kakak kalau jumpa budak kecik, mesti nak main-main.
Kakak akan daftar esok hari. Since ibu tak dapat hantar hari Isnin disebabkan komitmen kerja, ibu minta kakak stay kat rumah Cik Mazura. Esok daftar sendiri. Dewan depan je dengan kuarter Cik Mazura. Nak ke kolej je jauh sikit.. bolehlah jalan pelan-pelan. (Latest info Cik Najib tolong hantar ke kolej. Tq Najib. Susah-susah je. Boleh je Widad jalan ke sana).
Ok Kakak Widad.
Selamat belajar.
Lagi sebulan dah boleh balik rumah semula.
Rasa tak lama lagi akan dapat lantikan baru.
Semoga terus sukses Dr Mazura.
Sebelum Maghrib bertolak balik ke Klang. 3 jam sampai rumah nenek. Singgah solat dan dinner. Dapat makan pasta cheese Cik Biela masak.
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment