Pages

Saturday, November 6, 2021

Jalan-jalan Selangor : Makan Tengahari Kari Sembilang

Perjalanan diteruskan ke Kuala Selangor sebab aktiviti seterusnya "bulu-bulu". Ini adalah panggilan anak-anak untuk cucian kereta menggunakan mesin. Kalau ke arah Kuala Selangor pasti kami akan ke sini. Entah mengapa seronok sangat dengan mesin ni hahhaha... satu lagi jika balik ke Kulim, pasti akan singgah di mesin bulu-bulu juga.

Cuci kereta dulu sebab tak sempat cuci semalam kerana hujan petang. Moleklah sikit bila berjalan kereta nampak bersih dan berkilat.

Kat sini cucian luar RM6 dan wax tayar RM1.

Destinasi seterusnya cari makan tengahari. Kami google cari tempat makan best Sekinchan. Daerah paling dekat selepas Kuala Selangor. Jumpa Warung Dinding Gelas Besar, Mee Udang Banjir dan Kari Sembilang. Terletak di tepi jalan besar sahaja.

Kami pilih kedai ni sebab nak makan nasi. Walaun kedai ni terletak di tepi jalan tapi kami perlu membuat u turn kerana ia menghala ke Kuala Selangor.

Kami ambil kari sembilang seekor. Harga RM24. Pelayan siap-siap beritahu harga. Kalau nak badan atau ekor harga RM9 sekeping ( ke RM8). Macam tu lah lebih kurang.

Masa sampai dihidang dalam periuk claypot. Masih panas berasap lagi sampai Wafi terpegun sebab pertama kali nampak.

Rasa kari Melayu. Isi ikan lembut. Fresh. Sedap.

Ada juga ikan senangin kalau nak dimasak asam pedas. Mula2 Kawi nak asam pedas tapi ibu beritahu kan semalam dah makan asam pedas pari di rumah.

Last-last Kawi yang seronok meratah kepala sembilang ni. Wafi tak makan tapi sibuk nak pegang gigi ikan. Adoiiii

Sayur ibu.. ambil ulam tapi tak ada sambal belacan. Pelayan kata tak buat.

Kawi ambil kangkung goreng belacan dan sup ceker.

Wafi dah makan halfway. Lapar katanya. Makanlah Wafi.

Lauk dan sayur lain pun ada  masa kami sampai tu walau dah tak banyak. 

Makanan overall sedap cuma kekemasan dan kebersihan kedai boleh diperbaiki. Baca review rata-rata memberi komen yang sama.

No comments:

Post a Comment