Pages

Saturday, April 23, 2022

Wax Tayar dan Webinar

Perjalanan pagi ni sangat smooth walau hujan sepanjang jalan. 
Singgah untuk isi petrol.

Biasa pekerja petrol pump bersihkan front dan rear screen je tapi pertama kali kami jumpa yang wax tayar. Ini di stesen Petron sdi PLUS highway. Tak ingat area mana. Uihh.. bukan kaleng-kaleng ni. Lagi berkilat lah tayar walhal hari Khamis ibu baru je hantar cuci kereta. 

Terima kasih atas initiatif stesen petrol ni. Walau nampak simple tapi memberi makna bagi pemandu. Bila tayar wax nampaklah kereta lebih bersih. 

Jam 9 am Kakak Widad ada Webinar untuk subjek Database. Wafi pulak ada program Majlis Pelancaran Tadarus dan Tadabbur Al-Quran anjuran PPIM Klang dan Persatuan Muballighat Negeri Selangor. Bila berada di dalam kereta adalah tempat yang poor coverage.

Sampai rumah tokwan sambung lagi sehingga selesai program. Line lebih stabil.

Alhamdulillah anak-anak dapat menjalani program walau dalam keadaan bermusafir .
 

No comments:

Post a Comment