Pages

Tuesday, April 19, 2022

Kenapa lah Perlu Setia!!

 

Saksikan telefilem Setia lakonan Rusdi Ramli dan Amyza Aznan pada Isnin (18 April 2022) pukul 9 malam di TV2.

Setia

Waktu Siaran: Isnin, 18 April 2022, 9:00 malam
Rangkaian: TV2 (Drama On 2)
Pengarah: Feroz Kader
Produksi: -
Pelakon: Rusdi Ramli, Amyza Aznan, Aedy Asyraf, Wan Sharmila, Mior Darwish

Sinopsis Setia

Syakir sepanjang hidupnya tersiksa dengan perbuatan ayahnya, Nasir semuanya kerana ketagihan Nasir. Kerana patuh kepada ibunya, dia tunaikan juga tanggungjawabnya walaupun hatinya sendiri dendam terhadap ayahnya itu. Semuanya kerana zaman kanak-kanaknya hancur dek perbuatan ayahnya sendiri.


Malam tadi ibu tonton drama ni di TV2. Tak sampai separuh pun tengok.. rasa jelak pula. Terasa kenapa dalam dunia ini ada keluarga yang begitu. Si ayah menagih dadah, pukul ibu.. pukul anak. Sampai ke tua pun masih menagih. Masa anak kecik dijualnya anak itu untuk mendapatkan duit demi dadah. Bila anak umur 8 tahun dipulangkan semula.. dah anak tu dikatakan pembawa malang. Bila dah dewasa anak ini pula terpaksa carikan dadah untuk si ayah. Mak dia suruh. aduhaiiiiii.. kenot brain lah camni.

Cerita drama Melayu kan biasa berakhir dengan taubat.. mungkin sama dengan cerita ni. Tapi ibu dah tak boleh tahan tengok. 

Pelakon memang semua best lah.. dapat menjiwai watak.

Tapi ibu....

GERAM. MARAH.

Si ibu sanggup hadap dengan perangai si ayah.
Biar je lah polis tangkap.
Hantar ke pusat pemulihan.
Tinggalkan sahaja lelaki begitu.
Bina kehidupan yang lebih baik.

Ishhh.. 

Mungkin realiti kehidupan memang ada.

Dari marah tengok cerita macam ni baiklah layan Netflix "Old Enough".
Dokumentari dari Jepun.

6 comments:

  1. SA jenis kalau tengok drama tu dah start sakit hati..stop tengok tukar citer lain x pun tido..haha..malas nak sakit hati...x dapat apapun kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni tengok sambil2 lipat kain.. kain habis lipat tukar tengok netflix. drama melayu ni biasanya plot sama.

      Delete
  2. Drama memang adaptasi kehidupan sebenar. Kadang kita tak sangka ada isu di luar pemikiran kita sebenarnya benar-benar berlaku dalam hidup realiti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. realiti kehidupan mungkin memang ada camtu.. sebab kita takde dalam kasut mereka tu yang emo lebih.

      Delete