Pages

Thursday, April 21, 2022

Emosi

Lepas solat Maghrib Wafi duduk kat ibu dengan muka sedih.
Ibu pujuk-pujuk tanya kenapa nangis.
Wafi cakap dia kasihan sebab ibu keluarkan duit banyak kena beli baju uniform PPIM.

Sekolah minta murid sediakan 2 pasang persalinan PPIM.

1. T-shirt, seluar track dan tudung pink.
2. Kain pink, baju kurung putih dan tudung pink.

Tudung pink tu boleh guna untuk pakai samada dengan t-shirt atau baju kurung.
Wafi nak besar sket jadi kena beli lagi.
Kain tu pulak yang lama dah tak boleh pakai rasanya beli tahun 2019, lepas tu 2020 dan 2021 memang tak pakai langsung sebab pendamik tak ada aktiviti koko.
T-shirt PPIM pun awal bulan haritu dah beli lain.
Baju kurung putih tu baju sekolah.

Boleh kata serba-serbi baru.
Wafi nangis cakap sebab saiz badan dia membesar jadi baju semua tak boleh masuk dan ibu kena beli yang lain.
Wafi takut duit ibu habis kat bank😁😁😁

Alahaiii awak ni Wafi.. ibu ayah kerja demi anak-anak.
Duit tu semua untuk keperluan korang.

Dah jangan sedih-sedih.
Esok ibu petik duit kat pokokπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
 

4 comments:

  1. Bestnya kalau ada pokok duit kan wafi...hehehehe...anak- anak nowadays kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. takyah kerja lah kalau ada pokok duit

      Delete
  2. Assallam,
    First time singgah sini
    Allahai baiknya adik Wafi ni, sayanggg dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.. terima kasih singgah sini. blog picisan sahaja memori buat anak-anak.

      Delete