Ayah minta Abang Imi join belia pasang pelita di sepanjang Jalan Rebung timur. Initiatif anak Cik Ros jiran sebelah rumah kita. Program ini mendapat sambutan dari penghuni kat sini. Ye lah.. dah 2 tahun tidak dapat merasa kemeriahan hari raya tambahan pula ini kali pertama mereka nak pasang pelita di sepanjang jalan. Sebelum ini pelita hanya di pasang di sekitar rumah sahaja.
Meriah lah 10 malam terakhir Ramadhan ni.
Tambahan dengan pembukaan masjid kedua di kampung kita yang lebih berdekatan.
Alhamdulillah.
Meeting di perkarangan rumah Cik Rasul.
Mulanya Abang Imi keberatan untuk turut serta. Abang kata tak ada kawan.
Ibu cakap masa ni lah nak cari kawan bukan duduk dalam bilik jadi anak dara ππ
Aman dan Rahim anak Cik Rasul kan ada.
Ibu pyscho sikit lah.. cakap nanti kalau ibu dengan ayah tak ada atau jadi apa-apa kat kami, jiran-jiran lah yang kita boleh minta bantuan selain saudara-mara.
uihhhh... kena ada drama sikitπ
Rasa nya abang Imi redha untuk turut serta hehhe..
Abang Imi macam tu lah sifat dia.
Biasa turutkan kehendak ibu ayah walau asalnya cuba mengelak.
Kena tarbiah dulu.
Balik jam 12 malam camtu.
Bami kata ada kawan yang duduk taman sebelah join.
Hahhh... kan dah jumpa kawan.
400 pelita terpasang dan masih kurang 100 batang lagi sebab kehabisan stok.
Akan bersambung lagi.
Nanti dah pasang malam kita tengok pelita sepanjang jalan.
Tradisi lama yang semakin dilupakan
ReplyDeleteTahniah kariah jalan rebung
Ya wak.. harap mereka boleh teruskan. sekarang anak-anak muda dah kurang yang berkumpul. contoh kalau dulu setiap petang main bola sepak takpun lepak tepi padang, sekarang jarang plak nampak.
Delete