Pages

Saturday, April 16, 2022

Buka Puasa di Rumah Paksu

Hari ni dapatlah mengunjungi Paksu dan Maksu Rawiwa di rumah baru mereka di Bandar Seri Putra sambil berbuka puasa bersama-sama.
Sampai sana hujan turun dengan lebat jadi tertangguh lah sikit plan untuk membeli juadah tambahan di bazar Ramadan. Lewat sikit ibu dan ayah keluar. Tercari-cari juga lokasi basar di sana dengan hujan yang masih ada. Berhenti di Ayamas beli ayam panggang dan karipap panas takut tak jumpa bazar. Di situ bertanyakan arah bazar. Rupanya di sebalik bangunan berdekatan Ayamas.

Alhamdulillah.. dapatlah beli kiriman anak-anak yang teringin makan ayam dan sotong gunting.

Main dish, nasi daging utara air tangan maksu Fatin.

Banyak betul nasi yang diberi.. tapi memang habis hahahha..
Sedap sangat.
Nasi daging kan sangat popular di utara dan lama tak makan. Pairing dengan air asam fuhhhhhh...


Dapatlah RAWIWA main dengan sepupu kedua mereka, Umar.
Mereka ada 2 orang sepupu sahaja.

Main sampai tangan kakak Wafi kena gigit. Menangis Wafi kesakitan. Ibu terus sapu Deep Relief.
Ini dah hari kedua. Lebam pun masih ada.

Balik dari rumah Paksu kita singgah A&W.
Teringin pula minum rootbeer.
Takeaway je. Abang Imi ambil Coney Dog.

Dalam kereta yang duduk belakang pengsan awal2.
Sedar-sedar sudah sampai rumah.




 

4 comments:

  1. Salam ziarah & salam kenal puan blog...
    Nampak rehal kayu cantik di rumah Cg Amie, terus Ph ke sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Puan Hazel sudi singgah di sini. Blog picisan sahaja buat kenangan anak-anak.

      Delete
  2. Bila sesekali berkumpul memang macam- macam hal kan..sama la ngan anak- anak buah SA...SA x ramai anak buah lelaki..ada 3 orang je..yang 3 orang tu 2 orang dah macam 10 orang...

    ReplyDelete
  3. Meriah dapat kumpul ramai-ramai. Inilah peluang anak-anak berjumpa sepupu sebaya. Sedap tu sotong gunting.

    ReplyDelete