Kakak Widad request nak buat cornflakes madu. Rupanya ibu tak save dalam blog resepi yang biasa ibu buat.
Resepi ibu ambil di sini.
Ibu suka guna resepi ni sebab ada rasa susu.
Bahan-Bahan;
konflake cornflakes madu sedap rangup
- 1 Pack Nestle Cornflakes (500g)
- 3/4 Buku Buttercup (250g)
- 1/2 Tin Susu Pekat
- 5 Sudu Besar Madu
- 5 Sudu Besar Gula (Membukit)
- 1/2 Sudu Teh Esen Vanilla
konflake cornflakes madu sedap rangup
Cara-Cara;
konflake cornflakes madu sedap rangup
1. Masukkan buttercup ke dalam kuali dan kacau sehingga cair.
2. Masukkan susu pekat, gula, madu dan esen vanilla, kacau rata.
3. Kacau dan kacau sehingga berbuih-buih dan tutup api.
4. Biarkan seketika supaya suhu menurun, so cornflakes tak lembik.
5. Masukkan cornflakes dan kacau rata, makesure semuanya digaul.
6. Masukkan kedalam cup dan taburkan hiasan yang disukai.
5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 5-7 minit.
konflake cornflakes ma sedap rangup
Ibu buatkan adunan. Kakak Widad masuk dalam papercup. Sambil buat sambil makan. Katanya tak boleh tahan bau wangi. Tu yang dapat banyak ni je.
Rasanya boleh habis sebelum raya ni.
Kakak dah plan akan buat lagi untuk dibawa ke poli nanti.
No comments:
Post a Comment