Pages

Sunday, April 17, 2022

Puding Karamel

Teringin pula berbuka makan puding karamel. Gigih lah lepas kemas-kemas rumah tadi buat. Simpan dalam peti sejuk. Bawa sekali dengan loyang dan potong di rumah nenek.

Ini lah kejadiannya.
Takde gambar potongan rentas hehehe...
Ambil gambar cepat-cepat sebab hampir waktu buka.

Puding Karamel

Resepi OlehChe' Nom

Bahan-Bahan:

  • Bahan-bahan untuk gula karamel:
    • 1/4 cawan gula + 1 sudu besar gula
    • 3 sudu besar air
  • Bahan-bahan untuk puding:
    • 5 biji telur, saiz B
    • 1 tin susu cair
    • 150ml air
    • 1/4 cawan gula
    • 1 sudu kecil esen vanila

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk gula karamel:
    1. Panaskan gula dan air di dalam periuk di atas api perlahan sehingga warna bertukar keperangan, kemudian baru kacau sekata.
    2. Tuang dalam loyang berukuran 6 inci dan ketepikan.
  2. Cara-cara untuk puding karamel:
    1. Dalam mangkuk, satukan semua bahan menggunakan whisk. Pastikan gula cair dan jangan terlebih pukul sehingga adunan sehingga berbuih. Cukup sekadar adunan larut dan sebati.
    2. Tapiskan adunan ke dalam loyang gula karamel. Tuang dengan berhati-hati supaya lapisan bawah karamel tidak terjejas.
    3. Tutup loyang dengan aluminium foil supaya air tidak bertakung sewaktu dikukus. Kukus selama 30-35 minit minit, atau sehingga puding menjadi pejal.
    4. Boleh juga menggunakan kaedah waterbath dan bakar di dalam oven pada suhu 170°C, selama anggaran 40-45 minit.

Tips:

  • Boleh juga sediakan puding karamel menggunakan kaedah 'water bath' atau 'bain marie' dan bakar di dalam oven pada suhu 170°C, selama anggaran 40-45 minit. Kaedah ini menghasilkan puding yang lebih licin dan tidak berongga.
  • Caranya ialah dengan meletak air panas ke dalam loyang yang lebih besar, kemudian letakkan loyang puding karamel yang telah di tutup dengan kertas aluminium foil dan bakar sehingga masak. Jangan buka oven di sepanjang proses memasak kerana wap air akak meruap keluar dan mengganggu hasil puding nanti.
 

2 comments:

  1. Alamak...bab kuih ni SA memang failed...kena betul- betul focus kalau nak mencuba...

    ReplyDelete
  2. Suka makan puding karamel. Sedap. Lama tak buat.

    ReplyDelete