Rancangan yang ayah susun untuk beli baju Melayu adalah pergi Isnin sebab hari bekerja. Kuranglah orang. Lepas ibu sampai rumah terus pergi. Setelkan beli baju dan balik. Singgah RnR Setia Alam untuk solat Maghrib. Kemudian buka puasa. Kalau lewat makan kurma dulu. Dah bawa siap beserta air kosong. Lepastu dah boleh balik untuk solat Isyak dan Terawih.
Tapi.. tapi... kita hanya merancang.. Allah jua yang menentukan.
Sampai Sek 7 area Jakel tu hampir jam 7 pm. Parking pun berdekatan. Jalan cepat-cepat. Sekali sampai Jakel pintu tutup. Rupanya mereka rehat sehingga jam 8.15 pm.
Aduiiii.. sambil cari tempat makan plan lainlah. Restoren penuh. Takkan nak masuk Starbuck.
Belikan Wafi air Milo dulu.
Duduk jelah tempat yang boleh duduk. Ramai rupanya yang berbuka kat tepi-tepi ni. Sekadar menuntut sunat berbuka. Percepatkan bila azan dilaungkan.
Kami cepat2 pilih saiz untuk Bami dan ayah sebab warna dah decide awal2. Fitting baju dulu lepastu ke kaunter bayaran. Di kaunter pun hanya ada seorang pelanggan je.
Tebus kain sampin di tingkat 1.Dah boleh cari makanan. Sebelum tu Bami beli ayam dan sosej Uncle Bob buat alas perut.
Singgah restoren mamak je sebab nak cepat.
Masing-masing ambik nasi kandar kecuali Wafi dan Kakak Widad. Sekadar mengambil ayam goreng. Sudah kenyang katanya.
Ok.. dah boleh balik.
Fuhh... ayah dah pesan tahun depan beli online je macam tahun lepas.
Tak sanggup nak hadap orang ramai🤭🤭
Bestnya vibe² begini, bg yg mempunyaj masa eloklah boleh keluar seisi famili kan? Namun bagi mereka yg tak sempat tap² hujung jari jer beli baju melayu color sedondon ;)
ReplyDelete