Pages

Wednesday, April 6, 2022

Puding Jagung

Bila bulan puasa teringin makan yang sedikit manis. Bila teringatkan ada 2 tin jagung krim boleh lah buat puding jagung. Ingat 1 tin lagi tu boleh lah dibuat bubur jagung nanti. Bahan lain dah ada. Buatnya pun tak ambil masa yang lama. 


Ibu ambil resepi dari blog Azie Kitchen.

Puding Jagung Sedap

Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
  • 1 tin jagung manis berkrim
  • 1 tin susu cair
  • ½ cawan gula (letak 1 cawan sahaja)
  • ½ cawan tepung kastard
  • 3 cawan air
  • Sedikit garam

Cara cara:
1. Satukan air, tepung kastard dan gula. Kacau rata. 

2. Masukkan susu cair, jagung dan garam. Kacau rata. Setelah rata, baru dinyalakan api. 

3. Masak sehingga ianya pekat dan kelihatan keluar gelembung gelembung. Bolehlah tutup api dan tuang ke dalam loyang. 

Adunan ni dapat 2 bekas acuan.

Nota: sebaik mendidih terus tutup api dan cepat cepat tuang dalam loyang untuk mendapatkan permukaan puding yang licin dan cantik.

Sejukkan sebelum dipotong. Sedia untuk dinikmati.

Adunan ni agak lembut jadi kena makan dengan sudu.
Gula juga boleh dikurangkan kepada 1 cawan sahaja.

Nota : Improvise buat kali ke dua
1. Gula bubuh 1 cawan sahaja.
2. Kali kedua hasil tak selembut pertama tapi lagi ok sebab senang nak makan guna tangan je😀😀

2 comments:

  1. Sedapnya puding jagung.
    Tiba-tiba teringat puding jagung air tangan emak kita kat kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kak.. ni memang dessert orang2 lama. bawak balik rumah mak, mak kata tak teringin nak makan sebab mak sebelum ni dah selalu buat.. aiseyyy.. tak jadi nak show off🤣🤣🤣🤣

      Delete