Pages

Saturday, April 23, 2022

Buka Puasa Rumah Tokwan

Dapatlah sehari buka puasa bersama Tokwan, makngah, pakngah dan Safwan sepupu Rawiwa.

Kalau ada paksu mesti lagi meriah.
Seronok tokwan buka bersama cucu-cucu.

Semua juadah beli. Main dishes nasi beriani makngah beli di catering yang biasa sediakan masakan kenduri.

Gulai daging bersama batang pisang. Lama sangat tak makan gulai ni.

Air asam. Signature dish hidangan kenduri di utara.


Ayam masak merah.


Kurma telur tapi macam gulai pula warnanya.


Murtabak bazar.


Kerabu kaki ayam bazar.


Kuah bawang murtabak tapi takde kaler sirap.


Ada popiah basah dan goreng.


Churros nutella yang paling diidamkan Wafi.


 Juadah semua beli sebab dapur tokwan dah lama tak berasap. Tokwan kan duduk dengan makngah dan sebab kami nak balik berbuka tu yang tokwan balik rumah. Makngah pun setiap hari beli lauk sebab tak mahu leceh-leceh memasak. Hanya sesekali je memasak.

Hari ni dapatlah tokwan terawih bersama. Semenjak tokwan tak berapa sihat tokwan tak dapat ke masjid untuk jemaah solat fardhu dan terawih 

Malam ni dapatlah Kawi makan biskut makmur. Dari last week lagi teringin makan. Katanya nak buat. Halahalah.. sekadar nak makan beli je yang dah siap. Takyah beli bahan untuk prep. Senang. (Dasar ibu tak rajin buat kuih🤭🤭🤭)

Beli kat bakeri otw balik dari bazar tadi. RM35 dalam 50 biji. Sedap. Ibu pun dah lama tak makan. Makan sekarang rasa nikmat. Raya nanti banyak lagi kuih lain boleh makan.

No comments:

Post a Comment