Pages

Saturday, September 24, 2022

Teratak Za'ba

Kita teruskan perjalanan lagi. 

Kali ini singgah di Batu Kikir.

Info:
Pendeta Tan Sri Dr. Haji Zainal Abidin Bin Ahmad atau dikenali Za'ba dilahirkan pada 16 September 1895.

Pendeta Za’ba ialah seorang tokoh Pendidikan, Bahasa, Persuratan, Sasterawan, Budayawan, dan Nasionalis. Di seluruh Malaysia dan Alam Melayu, beliau tersohor sebagai Bapa Bahasa Melayu Moden dan penulis yang sangat disegani. Himpunan ratusan karyanya, dari Pelita Bahasa Melayu hinggalah ke rencana-rencana dalam pelbagai penerbitan mengenai sejarah, kesusasteraan, kebudayaan, sosial dan politik, telah dan terus meniupkan semangat juang bangsa

Teratak Za'aba.
Ia di bawah kendalian Muzium Negeri Sembilan. 
Free Entrance.

Dibuka Selasa hingga Ahad.
Kecuali hari pertama Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha.
Dari jam 9 am to 5 pm.

Bentuk rumah tradisional Negeri Sembilan.

Teratak Za'aba ini dibina di atas sebidang tanah seluas 0.4 hektar, di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir Timur Jempol. Merupakan tempat Pendeta Za'aba dilahirkan dan dibesarkan sehingga berumur 12 tahun.


Antara kata-kata mutiara Pendeta Za'ba.

Sepanjang laluan disematkan kata-kata hikmah beliau.

Tinta yang ditandatangani oleh MB YAB Dato' Seri Utama Tan Sri Haji Mohd Isa Bin Dato' Haji Abdul Samad, simbolik pada Majlis perasmian pembukaan teratak ini.

Setia kucing ni duduk di tangga menunggu kedatangan pengunjung.

Rumah asal kelahiran beliau.

Maklumat ringkas tapi padat disediakan.
Sejuk je duduk dalam ni.

Ada pulak tikar mengkuang.. fefeeling nak makan sambil duduk bersimpuh.

Masa kami sampai tak ada orang selain penjaga galeri dan tukang bersih laman. Bolehlah berlama-lama di sini sambil longgarkan otot-otot setelah beberapa jam duduk dalam kereta.

Pandangan keluar.

Potret Pendita Za'ba.

Bahagian tengah rumah.

Ibu suka lah bahagian yang ini. Laluan tengah rumah.

Gelap sikit kat sini.

Bahagian dapur.

Koleksi majalah dan buku.

Kerusi lama ni. Kerusi tiada span tapi kalau duduk terasa selesa sebab ada anyaman rotan.


Antara tempat dan jalan yang menggunakan nama beliau.

Bukti kehadiran😁


Abang Imi kata ibu tak pandai ambil gambar hahahah... ini nak ambil gambar rumah😅

Akhir sekali Abang Imi tolong ambilkan gambar kami. Tak dapatlah bergambar berlima.

Awas rumput sebab ada tinja kucing😶

 

No comments:

Post a Comment