Malam tadi masa ibu temankan Wafi buat revision, kakak kata nak buat karipap sardin. Dah beberapa hari kata nak buat tapi stok tepung gandum tak ada. Adehhh.. ibu pun lupa nak beli. Semalam barulah sempat singgah kedai.
Mula-mula kakak kata nak pakai acuan. Lepastu tak jadi sebab rasa susah pula. Buat manual je lah. Ibu pun rasa begitu. Kalau buat manual lagi cepat.
Semua kakak buat sendiri.
Alhamdulillah... kakak dah lulus buat karipap. Ibu tak adalah hairan sebab ibu boleh buat karipap masa sekolah rendah lagi๐๐๐
Tapi sekarang kalau rajin je lah ibu buat sebab kat luar pun banyak dijual๐๐๐
Wafi kata nak rasa. Tapi dia pulak dah tidur. Maka abang lah tukang habiskan.
Hari ni abang Imi terlebih rajin, bersihkan dan makeover bilik dia.
Hurmmm... eloklah tu.
Tak adalah ibu sakit mata masuk bilik abang๐
Rajinnya Wafi.
ReplyDeleteSamalah kita. Tak payahlah buat karipap, sebab banyak dijual hihihii.
Dia kalau bosan memang ada je benda nak dimasaknya kak. Ibu dia happy je hehe
Delete