Pages

Saturday, September 24, 2022

Sarapan di Kodai Sarapan D'Sawah

Pagi ni kita bertolak jam 7.30 am untuk ke Muadzam Shah bagi menghadiri Majlis Konvokesyen Abang Rahimi. Since kita berjalan jauh bolehlah jalan-jalan sikit.


1st stop kita breakfast di Kodai Sarapan D'Sawah, Kuala Pilah. Ini kali kedua kami singgah sini. Pertama kali masa lawat Bami 2019. Kedai bertambah besar tapi tak ada dah sawah padi.

Ada pelbagai jenis kek.

Kuih muih pun ada. Ayah ambil sekeping kuih Poket Doraemon Ayam. Ada tempoyak daun kayu, teringin nak ambil tapi macam tak sesuai pulak makan pagi. Sate pun ada tapi kami tak ambil.

Kakak ambil laksa.

Kakak ambil 2 biji telur separuh masak tapi bila buka keduanya suku pun tak masak. Beritahu pelayan kat situ minta gorengkan sahaja. Pelayan minta ambil yang lain dan yang ini  mereka tak kira. Ibu tolak sebab chances untuk dapat yang macam ni tinggi.

Pulut Sambal Potai.

Telur yang tadi tu lah.. dah goreng, makan dengan nasi lemak.

Wafi dan Bami ambil nasi lemak ayam goreng.

Kopi-o ibu.


Ambil sekali lagi sebab gambar 1st tu gelap😄

Koeteow goreng ayah.

Menu kat kedai ni banyak dan semua yang kami ambil sedap.
Sayang... roti canai habis tak dapatlah Kakak Widad makan.


Setup simple je tapi orang agak ramai. Ada je lah meja kosong dan makanan yang dipesan pun dapat cepat.

Ada seat duduk lantai. Santai.
Haaaa... tepi tu dah jadi semak. Sebelum ni tempat posing.

Banner kedai.

Masa sampai tu pakcik taukeh kedai tanya pernah sampai sini ke?

Ya.. tapi dulu ada sawah kat tepi-tepi ni.

Pakcik tu cakap sambil tergelak.. ye lah.. belum sempat tukar banner Kodai Sarapan D'Semak🤣🤣🤣🤣🤣

Apa pun... makan sini best. Ambience pun cool dan santai je.


 

No comments:

Post a Comment