Pagi ni seawal jam 6.30 am kita check out hotel. Jam 5 am ibu dah jaga. Relax-relax dulu sebab sejuk nak mandi awal hahaha.. Kawi macam biasa lah dia bersiap-siap dulu.
7.30 am dah sampai ke PMS. Turunkan Bami dulu since dia kena register. Sampai pun awal jadi dapatlah kita parking berdekatan dewan besar.
Ibu ayah tunjukkan dulu laluan ke Pusat Islam (PI) kotlah Wafi dan kakak nak rehat. Jauh sikitlah dari dewan. Mereka tak pergi sana pun hanya duduk di cafe sambil saksikan Majlis Konvo di layar TV yang disediakan di cafe bersebelahan dengan dewan.
Mereka duduk di sini. Ibu dok bayangkan Wafi je kanak-kanak yang ada hahhahaa.. dan orang lain yang menghantar hanya ibu bapa. Rupanya ramai je lah ahli keluarga orang lain di cafe ni dan kanak-kanak kecil juga ada๐ . Teringat masa konvo Cik Fatin tahun lepas, memang tak ramai orang dan tak adalah pesta konvo bagai. Masa tu kan buat ala-ala maya lagi.
Senyum sebab akhirnya hari yang ditunggu pun sampai dan berulang-alik Rompin-Muadzam 6 kali๐
Ucapan Perasmian.
Yayyyyy.. Bami dah naik pentas.
Lama juga nak menunggu sidang ni๐
Penganugerahan dimulai dengan Jabatan Perdagangan (JP). Kalau tak silap JP ada dua diploma yang ditawarkan iaitu Diploma Akauntansi dan Diploma Pengajian Perniagaan.
Belum buka sarung rose tu.
Kakak kata beli yang besar. Biar puas hati.
RM70 katanya, tapi yang paling mahal RM100๐๐
Ibu rasa ok je lah sebab masa pergi konvo paksu few years back tak ada yang jual murah.. semua RM80 ke atas.
Boleh buat duit lah sapa yang jual bouquet ni.
Tadi sebelum masuk ke PMS banyak je orang jual bouquet konvo di tepi jalan serendah RM20 sahaja.
Ehh.. rasa nak konvo lagi lah๐๐
Akhirnya jam 1 pm pun selesai majlis selepas Pengisytiharan Alumni PMS.
Dah janji dengan Bami akan jumpa di studio.
Habis sini baru kita ambil gambar outdoor pula.
No comments:
Post a Comment