Petang tadi baru ayah beritahu untuk menghadiri kenduri kahwin di Mawar Biru selepas solat Maghrib. Rakan SAS ayah, Uncle Azly juga akan hadir. Jadi perancangan untuk ke rumah Cik Baya kita lewatkan sikit cuma ibu ayah hantar kakak dan Wafi dahulu. Kemudian tunggu Uncle Azly di rumah Cik Baya dan pergi bersama ke Mawar Biru. Tinggalkan Kawi dan Wafi.
Rupanya kenduri yang kami hadiri adalah jemputan Ibu Hawa yang merupakan guru SKBK. Suami Ibu Hawa merupakan rakan sekerja isteri Uncle Azly, Auntie Elaiza.
Ibu pun pelik kenapa ibu tak ambil gambar semasa majlis tadi.
Sekejap je lah mereka singgah.
Ibu hidangkan air suam atas permintaan mereka. Rasa ralat lah juga since kita tak prepare apa-apa.
Tapi kami jemput mereka ke BBQ session di rumah Cik Baya.
Cik Man pun insist mereka singgah dulu.
Alhamdulillah dapatlah juga jamu tetamu walau bukan di rumah sendiri.
Sebelum tu kita singgah beli pizza Suaz.
Masa ni Uncle Azly sudah meminta diri.
Comel je Ali merajuk sebab tak dapat microfon untuk karaoke.
Berebut dengan Dina dan Iman.
Lahaiiiiiii...
Almost 12 pm baru gerak balik. Nak balik je ada lah topik-topik hangat๐๐๐
Seperti biasa ada issue berbangkit.
Kali ni Cik Nora lah buat hal๐
Malam ni pulak ada road block kat traffic light sebelum Jalan Kempas hala ke Meru.
Boleh pulak tak perasan road tax dah mati bulan 6. Bila diminta lesen.... konfiden hulur lesen... pun tak perasan lesen dah expire bulan 7. Walah... walah... kepiye carane.. tiap2 tahun birthday boleh lupa plak pasal lesen.
Bertambah lah ya Cik Nora.
Buat muka comel je lah walau kakinya dah gigil!
No comments:
Post a Comment