Pages

Sunday, September 25, 2022

Makan Tengahari di Gerai Makan Azizah Udang Galah

Pagi hantar Abang Rahimi ke Poli jam 8 am camtu sebab jam 9 -11 Bami perlu daftar konvo dan ambil jubah. Jam 2-5 pm ada rehearsal penuh. Jam 7.30 - 10 pm ada dinner pula. Penuh jadual Bami hari ni. Jadi kita hantar dan balik semula ke Rompin.

Jam 11 am camtu kita singgah brunch terus lah since kita pun tak breakfast. Ada banyak gerai makan kat persimpangan masuk ke Rompin tu. Bila Cik Zie up kat whatsapp group Kedai Makan Azizah, kita tuju situ je lah. Pelanggan pun tak ada lagi jadi boleh makan dengan relax. 

Semalam masa kami lalu dalam jam 1 lebih penuh kedai.

Pelbagai jenis lauk pauk disediakan.
Udang galah tu ada saiz.
Udang galah masak lemak cili api dan masak tomato saiz A berharga RM25 seekor. Yang sebelah kanan tu saiz B masak sambal RM15.

Ada juga patin tempoyak dan asam pedas.

Dalam mangkuk tu saiz B & C, RM25 semangkuk.

Lauk lain.

Sayur-sayur.

Ulam-ulaman dan pelbagai jenis sambal.


Semua menggoda.

Kami ambil ini sahaja.

Patin tempoyak.

Udang galah masak tomato. Ibu ayah je makan udang. Kawi allergi manakala Wafi tak suka udang.

RM25 dapat 6 ekor udang bersaiz B dan C.
Puaslah makan berdua.

Ulam-ulaman.

Wafi ambil ayam goreng dan bayam.

Bismillah.

Pada ibu lauk udang galah masak tomato dan sambal belacan agak manis. Patin tempoyak secukup rasa.

Total harga lunch RM60

Nama gerai.

Gambar-gambar selebriti kot. Ayah yang ambik pic.

Air minuman segera juga ada.

Ayah kata dah habis makan baru ada tempe dan kentang sambal. Aiseyyy... 

Legasi.


Bersama Puan Azura, pemilik gerai. Azizah sempena nama ibu beliau yang mengusahakan gerai tersebut dahulu.

Sebelah tu ada gerai jual buah. Ibu beli buah salak 4 biji, mata kucing dan langsat sikit. Buat makan-makan dalam bilik😀
 

No comments:

Post a Comment