Pages

Saturday, September 10, 2022

Early Lunch @ Mashigetta.Koreanfood Setia Alam

Hari ni lepas ambil Wafi di SRA kita teruslah ke Setia Alam. Beberapa hari lepas baru decide lunch kat luar since semua available.

Kita sampai pun awal 3 minit selepas restoren dibuka jam 11.30 am hahaha..
Tak ada pun orang lagi!

Mashigetta.Koreanfood ni di area Taipan Setia Alam yang menyediakan makanan Halal Korea. Anak-anak memang dah dibiasakan mencuba makanan selain hidangan Melayu. Mereka suka je makan di mana-mana restoren. Tapi kalau nak cepat dan senang The Chicken Rice Shop pilihan Wafi😁


Sementara tunggu order siap.

Appertizer yang disediakan. Free flow ya. Boleh tambah.
Sedap kimci, raddish dan sosej tu. Wafi pulun lah makan kimci dan sosej tu.


Plain water sejuk pun free. 
Ayah order Korean Citron Tea, Korean Pear Juice dan Ice Milk Tea. Kopi ais tu kakak suka lah pulak, jarang dia nak minum air kopi.

Dae Wang Chicken Combo RM37.90
Ayam dengan perisa Orignal, Yangnyeom, Soy Garlic dan Honey Butter Garlic

Cheese Kimchi Ramyeon RM18.90

Odeng Rabokki RM24.20

Kalau tak silap ini Myeongdong Set RM16.80

Chamchi Kimchi Deopbap (Tuna) RM15.80

5 hidangan untuk semua.
Masing-masing  buat pilihan, boleh makan share.

Portion yang diberi banyak ye.. satu set boleh 2 orang makan.
Food yang kami order semua sedap.

Definitely will come again!
Nak rasa hidangan yang lain pula.

Highly recommended!

Biasa perempuan suka ambil gambar.. ini anak lelaki berlebih😁

Chamchi Kimchi Tuna ni kena gaul dulu sebelum makan.. Banyak tuna kimchi tu dan ibu tak gaul semua. Seaweed pun mewah.
Beras pula diimport dari Korea jadi tekstur nasi berlainan dari yang kita makan selalu.

Chamchi Kimchi Tuna, set Myeingdong dan Odeng Rabokki masih-masing tak dapat habiskan. Jadi kita tapau bawa balik. Mereka bungkus dalam bekas elok.
Balik rumah waktu dinner ibu tambahkan nasi lagi sebab kimchi tuna tu banyak lagi.

Share makan.

Kalau nak ambil gambar abang memang macam tu lah perangainya😆

Sempat menyakat. Mana tak adik dia geram.

Wajib lah ada gambar ibu ayah😄

Adik pelayan tu tolong ambilkan gambar. Dapatlah gambar kenangan keluarga.

Sebelum balik di depan restoren. Masa ni Wafi dah masuk kereta sebab ada issue dengan tudung dia.. hurmmm...


 

No comments:

Post a Comment