Hotel Vogue Rompin.
Ambil gambar dari dalam kereta.
Tingkap pun luas. Cukup cahaya masuk.
Walau aircond di pasang kat hujung, bilik tetap sejuk. Tambahan kipas yang laju. Bila malam terpaksa kurangkan suhu. Masing-masing dah gigil.
Lantai bersih berkilat.
Hanya disediakan 4 botol air minuman di dalam bilik.
Ini sahaja toilettries yang ada.
Toilet agak pelik. Kenapalah diletak kat hujung. Dah susah nak melakukan hajat. Kena setting betul2🤣🤣
Kat lobi disediakan air Coway. Kopi pun ada. Bolehlah kot nak minum2. Ayah je rajin minum kat bawah.
Iron dan board ada di sebelah meja receptionist. Jenuh juga nak meng'iron' turun naik tingkat 2.
Bilik penginapan berharga RM150 semalam.
Since hotel ni paling dekat dengan Poli Muadzam Shah kita ambil je lah walau jarak perjalanan 1 jam. Ayah terlewat 2 -3 minggu untuk book hotel atau homestay. Lagipun tak banyak hotel atau HS di Muadzam Shah.
Untuk ke Kuantan atau Gambang lagi jauh perjalanannya. 6 kali lah kita ulang alik Rompin - Muadzam sepanjang 3 hari ni sebab Ahad abang ada rehearsal dan Isnin baru konvo.
No comments:
Post a Comment