Hari ni memang takde plan di luar. Kita duduk rumah je. Lagi satu Wafi kena buat revision untuk Trial PSRA bermula esok Isnin hingga Isnin minggu depan.
Pagi ibu baru sempat gosok baju sekolah Wafi dan baju-baju kerja ibu. Barulah prepare untuk breakfast.
Sambal sardin malam tadi dan sambal lontong semalam.
Lepas breakfast baru lipat kain semalam punya hahhahaa... tak larat malam tadi.
Sambal ala ayam penyet.
Kali ni buat banyak sebab Abang Imi kata haritu kakak masak dia dapat 1 sudu je😆
Cuaca hari ni sejuk. Matahari pun tak naik. Sesekali hujan renyai.
Lepas makan mata ni tak boleh buka😁
Tak ingat dunia!
Sesekali Wafi masuk bilik ibu minta tolong semak hafalannya.
Rupanya masih buat revision.
Hurmm.. rasanya berselang seli lah tu dengan tengok HP. Takkan tak habis-habis lagi studynya😆
Semoga Allah permudahkan Wafi menjawab peperikasan esok dan hari-hari seterusnya.
Kakak pula bosan katanya tak tau buat apa.. tu yang siap churros untuk minum petang.
Gemuk-gemuk churros ni.. kakak pakai plastik je.. hujung tu guntingkan. Ada je nozzle dalam bekas cake tools. (dulukan ibu rajin sket buat kek🤭🤭).
Kakak letak dalam bekas tu sebab nak drizzle.. kunun macam beli lah.. Wafi kata takyah lah.. boleh cicah coklat terus.
Guna coklat spread Top Baker je. Senang.. tinggal makan cuma kakak masuk dalam microwave sekejap untuk cairkan. Nutella abang kata tak ada stok.
Tq kakak Widad❤
Banyaknya aktiviti ngan anak- anak...pandai kakak masak dah...
ReplyDeleteSedap-sedapnya semua makanan!
ReplyDeleteRuang tamu nampak kemas dan cantik! Selesa lepak lama-lama di situ.