Pages

Friday, September 16, 2022

Kerana Latte

Petang semalam masa ibu nak buka puasa Wafi cakap teringin kopi latte. Teringin sebab nampak kawan dia post di IG story. Ibu pun ok je lah.. boleh lah ibu makan dessert. Tau je lah.. bila puasa mesti craving something yang manis.

Lepas solat Maghrib ibu dan Wafi terus ke Petronas Puncak Alam.

Masuk sini Cafe Mesra.

Rupa-rupannya Wafi nak Nescafe Latte dalam tin.
Adoiiiii... kalau air tu kat kedai pun ada tak perlu lah sampai kafe. Beli kat kedai tak sampai RM3 tapi bila dah masuk kafe beli makanan dan minuman lain jadi RM30😁

Ibu order Mesra Latte dan dapat free chocolate cookie.
Kek teh tarik tu sedap sebab ada rasa green tea. Tak manis.
Wafi order juga banana pastry.

Pastries pun dah tak banyak sebab dah malam.
Walau makan kat situ tapi mereka still pack macam takeaway.

Gembiralah dia dapat minum ni..
Pelik nau budak-budak suka minum ni.

Akibat minum coffee latte malam tadi ibu susah nak tidur. 
Jam satu lebih baru lelap.
Pagi jam 4 pulak dah terjaga.
 

No comments:

Post a Comment