Pages

Saturday, September 3, 2022

Santai Sabtu

Minggu ni memang kita nak duduk rumah je. Rehat-rehat sebab bila masuk ofis next Monday akan sibuk dengan monthly closing. Lagipun minggu lepas sudah berjalan.

Pagi keluarkan peluh dulu. Kali ni tentulah dengan Kakak Widad.
She's back kan!
Sebelum gerak ke Hillpark tadi Kawi kata nak breakfast kat Ghulam Rasul lepas jog tapi tak jadi sebab nak balik terus.

Balik ibu sempat sapu halaman rumah kemudian baru buat sarapan pagi. Itupun bila Wafi kata dah lapar. Laa... ibu ingat dia sambung tidur lepas Subuh tadi rupanya tak.
Adehh.. bergegas lah gorengkan pisang cicah sambal kicap.

Siap-siap sarapan, apalagi lepak-lepak lah depan tv tapi mata layan Extraordinary Attorney Woo.

Kat luar ayah dok tambah bendera sempena Hari Malaysia yang akan disambut 16 September 2022.
Penuh dah rumah dengan bendera.
Semangat betul ayah tahun ni!

Lunch ayah beli siap Nasi Kukus Boss untuk ibu dan Wafi manakala kakak minta nasi ayam Jalan Nenas. Ayah keluar bawa Bami dan Izzat makan sebab tolong pasangkan bendera.

Petang sambil Wafi buat revision sempat lagi buat kraf.

Rasanya 10 tahun pun tak akan habis beads tu😀

Sebelum Maghrib siap dah lipat baju semua.
Ini ibu ada masalah dengan baju belang-belang Kawi.
Bila lipat otomatik rasa pening. Tapi tak adalah sampai kena panic attack😁


Malam ktia penuhi jemputan majlis perkahwinan anak biras Cik Wada yang diadakan di rumah Cik Wada.

Hamboiii Nana.. lapar ke tu.

Balik layan lagi drama.
Ishhhh.. dah takmo tengok lah drama-drama ni. Menghantui betul lah😎
 

No comments:

Post a Comment