Pages

Saturday, September 24, 2022

Makan Teangahari di Restoren Kaseh Armani

Kami sampai hotel dalam jam 2 pm tapi memandangkan bilik belum sedia disebabkan pengunjung sebelum ini late check out, kita decide lunch dulu.

Menghala terus ke Pantai Hiburan Rompin dalam 3km dari hotel.

Restoren Kaseh Armani je yang ada di situ. Menyediakan masakan panas dan goreng-gorengan. Kalau nak masakan berasaskan udang galah pun ada.

Kami memilih untuk makan yang ringan sahaja since masing-masing tidak begitu lapar.

Udang celup tepung RM10.

Sotong celup tepung RM18.

Cendawan celup RM3.

Keropok lekor RM2/ 7 pcs.

Mula-mula kata tak lapar😃

Cuaca redup je.

Gazebo disediakan untuk para pengunjung dan dinamakan sempena nama ikan. Contoh kami duduk di gazebo Talapia dan masa order kena beritahu gazebo Talapia. Bila order dah siap mereka akan panggil nama gazebo. Kalau taknak duduk gazebo boleh je pilih meja biasa.

Nasi goreng cendawan RM8.
Tak sangka pula bila sampai semewah ini. Rasa pun cukup sedap.

Nasi goreng biasa tak sempat ambil gambar bila Wafi dan Kawi terus kongsi makan.

Ibu tambah lagi cendawan celup tepung dan satar RM4 / 5 pcs.

Ayah ambil laichikang.
Harga tak pasti sebab ayah yang order. Tapi isi memang mewah.
Tak kedekut isi lah orang kata.

Santai-santai.
Orang pun tak ramai jadi boleh makan dengan tenang. Mengadap pantai pulak tu🥰

Harga pun affordable dan makanan pun sedap.
Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment