Hari ni Abang Rahimi dan Kakak Widad keluar bersama-sama sepupu. Plan ni minggu lepas je bila Abang Imran kata nak bawa Intan dan Isyraf berjalan-jalan KL sempena cuti sekolah. Masa yang kita stay kat Berjaya Time Square tu. Tapi mereka nak ke BTS Theme Park.
Alang2 bawak sekali lah sepupu besar lain buat kawan. Tu yang Abang Imran terus blast buat grup BTS🤭
Enjoylah mereka main di theme park. Tiket masuk seorang RM55. Abang Imran dah siap2 belikan dulu secara online.
Sebelum bertolak tadi, Pakcik Amir sponsor pula duit makan. Rezeki anak-anak buah ada bapa saudara yang amat pemurah. Terima kasih Cik Amir yang tidak berkira dengan family semua. Selalu buat contest untuk ceriakan grup whatsap dan family🥰
Terima kasih Abang Imran bawa adik-adik berjalan-jalan. Abang Imran sepupu kedua tua selepas Abang Muhammad yang masih belajar di Mesir. Ikut ranking, Abang Rahimi yang ketiga diikuti Abang Izzat.
Semoga anak-anak ini rapat perhubungan mereka dunia dan akhirat.
Semoga ukhuwah terus berpanjangan.
ReplyDeleteAamiin... waktu ni lah mereka boleh berkumpul bersama. Nanti dah sambung belajar atau bekerja susah nak jumpa.
Delete