Pages

Friday, September 30, 2022

Solat Hajat dan Bacaan Yasin SRA

Malam ini diadakan Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat di SRA Bukit Kapar Timur untuk calon UPKK dan PSRA.

Dimulakan dengan Solat Maghrib, Solat Hajat, bacaan Yaasin, Solat Isyak dan Tazkirah/Ceramah.

Masa ibu sampai Azan Maghrib berkumandang. Masuk surau tak nampak lah Wafi sebab bersama murid lain. Siang tadi mereka ada ceramah motivasi. Kiranya bersambung sampai ke malam sehingga jam 10.


Bolehlah duduk bersama ibu bapa bagi program ceramah.


Wafi tanya kenapa ibu pakai mask... aiÄ·kk itu pun nak persoalkan haha. Kan dah jadi norm walau tak wajib pun. Kat ofis pun masih pakai juga.


Tengahari tadi whatsapp ibu dan pesanannya

Nanti ibu jangan pakai lipstik tebal tau!

Aiyooohhhh... takdenya lah ibu nak bermekap pun😅😅

Semasa sesi ceramah.

Antara pesanan penceramah tentang AKHLAK.

A - Amalan kita kepada Allah.
K - Komunikasi dengan anak-anak
H - Hormat antara ibubapa dan anak-anak
L - Luahkan pujian kepada anak-anak
A - Ajarkan benda baik dan buruk
K - Jadikan anak sebagai kawan

Ini antara BFF Wafi, Amani. 

Ini gambar yang ustazah share untuk sesi motivasi anak-anak pada siang hari.

*spot Wafi?

Kakak kata

Senang je... yang tengok kamera 😃😃😃 

Ini pula sesi bersama ibu bapa.

Ya Allah, Kau permudahkan anak-anak dalam peperiksaan UPKK dan PSRA
Berilah mereka ketenangan
Berilah mereka kesihatan yang baik
Berilah mereka ketajaman fikiran
Semoga mereka dapat menjawab dengan betul, tepat dan mengikut skema jawapan
Berkatilah ilmu yang dipelajari
Rahmatilah guru-guru yang memgajar mereka
Berilah mereka 8A dan Mumtaz

Aamiin.. Aamiin
Ya robbil alamin...
 

No comments:

Post a Comment