Malam tadi sampai rumah jam 12 malam. Fuhhhh... 12 jam perjalanan balik campur solat, makan dan segala jenis hustle yang timbul.
Berhenti solat dulu di Surau Tol Plaza Kuang Barat. Masa tu pun dah jam 9 pm. Kemudian teruslah cari dinner dekat2 rumah. Hampir jam 10 dah masa tu. Mujur makanan sampai cepat. Masa tunggu makanan tu lah bermulanya episod yang tak best.
Wafi ooo Wafi.
Ma.... jam kita!
Tertinggal kat surau.
dinggggggg
Kenapa mama tak ingatkan kita ambik jam tangan.
Ehhh... dia ni.
Ibu dah mula hijau.
Sendiri tak ambil boleh pulak salahkan ibu 😡😡
Masa tu Wafi dah nangis-nangis.
Ayah cakap lepas makan, pergi semula ke surau LATAR.
Kalau ada.. adalah.
Karang tak pergi cari Wafi murung.
Abang pujuk.
Dah jangan nangis.
Laplah air mata tu.
Masa makan air mata masih berjujuran.
Makan pun tak habis.
Jam dia sayang.
Jarak dari area rumah ke surau Plaza Tol Kuang Barat tu dalam 23km tapi masalahnya tak boleh u-turn situ... dah kena lajak ke depan lagi hingga Plaza Tol Taman Rimba Templer, kat sana baru boleh u-turn.
Haishhhhh... adalah dalam 16km lagi ke depan.
Sampai Surau Tol Plaza Kuang Barat tu dah jam 11 pm. Cepat-cepat masuk dengan perasaan berdebar-debar.
Geramlah dengan Wafi ni. Boleh eh sangkut camtu je. Dia sangkut sekali dengan tudung sebelum tu.
Alhamdulillah.
Masa nak balik di hiway LATAR, terlepas pulak simpang masuk Puncak Alam, dah kena lajak sampai ke hujung LATAR menuju ke Kuala Selangor.
Dah malam, masing-masing pun penat dengan jalan jammed, sejuk, hujan hampir sepanjang jalan dan segala hustle.
Itu yang boleh terlepas exit.
Alhamdulillah, jam 12 malam sampai rumah.
Masing-masing pun dah exhausted.
Pagi tadi lepas subuh, semua pakat sambung tidur.
Dengan hujan sepanjang hari.
Allahu...ni sama kes ngan Dania...Isnin hari tu dari JB SA terus ke Bangi, masa nak balik Seremban dia tertinggal jam tangan Uncle bagi masa birthday kat rumah Acu...ni 29hb nak balik Kolej ni...haihhh...nasib bukan macam kes wafi.,.kalau tak mama pun bleh jadi hijau....
ReplyDeleteMula-mula dia kata tak apa.. tak payahlah ambil jam tu, kesian kat ayah kat abang nak kena drive patah balik jauh, tapi dari riak muka dia tau yang dia kecewa kalau tak dapat balik jam. Itu yang abang dan ayah dia cair tu.
DeleteDapat bayangkan betapa penatnya ye. Alhamdulilah dpt semula jam dia ye.
ReplyDeleteYa Kak Yan, penat sangat walau ada 2 driver. Yang duduk kat belakang pun sama penat. Wafi tu sayang sangat kat jam dia.
DeleteNasib baik ayah jenis melayan dan x membebel.. demi anak dara tersayang kan? Ibu2 ni la yg suka bebel kalau berlaku benda2 gini
ReplyDeleteMula2 ayah layan tapi bila terpaksa u-turn jauh bebel juga, mujurlah abang Imi yang drive.
Deletemasih lagi rezeki wafi...kalau tak ralat juga hati ibu kan kak..wlpn mulut duk bebel2 tapi dlm hati duk berdoa moga ada lagi jamnya disitu...
ReplyDeleteMemang.. doa banyak-banyak harap masih di situ. Ibu dah plan, kalau tak ada akan buat report kot lah ada tempat lost and found kat office LATAR tu.
DeleteSama2
ReplyDelete