Pages

Tuesday, January 10, 2023

Kena Drive Sendiri ke KL

Hari ni buat pertama kalinya ibu drive ke tengah bandar KL. Sebelum ni kalau ada urusan kerja ibu akan naik teksi  atau carpool dengan officemate. Ingat nak naik MRT kemudian tukar LRT tapi macam lagi buang masa (lagipun tak mahir πŸ˜‚). Kali ni try je lah drive asal ada orang sebelah tunjuk jalan. Boleh je drive sendiri guna waze tapi nanti terkial-kial pulak, kalau short distance tak ada masalah. Tengah KL tu ibu rasa seram je kalau drive sorang-sorang.

Alhamdulillah.. pencapaian untuk awal tahun ini 😎.

Invitation dari Bank Islam sempena 2023 Investor Corporate Luncheon Treasury & Markets Division di Grand Hyatt Kuala Lumpur.

Ibu datang berdua je dengan staf Treasury Department.
Beliau ni kalau tak silap sebaya Bami.
Staf baru yang masuk level umur anak-anak πŸ€—

Menu hari ni.
All Chinese Cuisine.

Yee Sang.
Gambar ni je lah ambik sebab duduk pun dengan orang corporate seganlah nak ambil gambar lebih-lebih πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Lama tak makan Yee Sang ni, dulu masa management lama every year sebelum CNY memang akan bawa staff ke Klang Executive Club (KEC).

Special appearance oleh Douglas Lim.
Malaysian actor, comedian, pengacara Fly FM etc

Event berakhir dalam jam 2 lebih camtu.
Bolehlah balik sambung kerja πŸ˜ƒπŸ˜ƒ

Petang ada plak latihan disaster di office.


Door gift.

BIMB ni pemurah kalau bagi gift.
During festive season biasanya mereka hantar gift yang cantik-cantik dan berkualiti. 

pssstt... ibu baru tau rupanya ada cokelat Patchi dan ia premium.. adoiiii... kalau beli pun biasanya Cadbury je 😜😜😜

5 comments:

  1. Mata ni terpandang Patchi tu je...hahahhaa....choc mahal buat doorgift...huiyoooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semalam akak baru google lah choc Patchi ni.. lagi lah teruks.. baru tau kewujudannya 😁

      Delete
  2. Coklat tu... bestnya mcm² flavour... kalau sy pulak kak, staf baru masuk mst level adik² nmpk sgt semakin senior... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan macam-macam pattern. Dapatlah share sorang satu dengan ofismate. tak nak gemuk sorang-sorang hehehe

      Delete
    2. Zaman akak dah lalui level adik-adik... sekarang level anak-anak. Terasa ketuaannya 😁

      Delete