Last week Cik Zie cadangkan buat potluck untuk breakfast di rumah kita. Bolehlah sekali buat perbincangan untuk majlis kenduri Cik Fatin.
Yang lain setuju walau ada yang datang lewat kerana ada komitmen sekolah anak-anak.
Kalau tau limau tu manis sepatutnya beli lebih. Ramai yang suka.
Cik Zie pun ada bawa tembikai, later baru potong.
Kuih-muih ni Cik Cha dan Cik Ujang bawa. Ada lebih tapi tak keluarkan dari bekas.
Keria tersedap tu ibu beli kat Jalan Sekolah. Juga Kuih Isabella (getuk ubi goreng) dan karipap. Ada juga karipap yang Cik Cha dan Cik Biela bawa.
Nasi Kuning minggu ni sebab last week kan dah masak nasi lemak.
Kali ni buat terlebih serbuk kunyit pulak.
Periuk Noxxa pula buat perangai, walau guna LP7 bahagian bawah ada kerak sikit. Cik Elis kata kalau dan kerak tu kena tukar inner pot. Ye lah.. guna pun dah lama 😁
Condiments yang ibu sediakan.
Semua dan siap malam tadi, pagi tinggal potong timun dan kupas telur.
Cili sambal sotong tu ready made dari Cik Biela dan ibu tambah lagi sambal minggu lepas yang disejukbekukan.
Masa ibu masak sambal tu terlebih garam dan masin sikit. Cepat-cepatlah ibu google petua kurangkan masin dalam masakan. Ibu guna bahan yang ada di rumah iaitu memasukkan 1 biji kentang yang dibelah 4 dan 1 biji timun yang dibuang biji dan potong menyerong.
Ehhh... menjadilah petua tu sebab kedua bahan tersebut menyerap rasa masin.
Kurang dah rasa masin dan dapat rasa secukupnya. Masa hidang tu ibu masukkan juga kentang dan timun sebab boleh dimakan.
Nasi Dagang oleh Cik Elis.
Gulai ikan tongkol dan acar.
Cik Ujang bawa roti canai.
Cendawan goreng dan jagung rebus oleh Cef Cik Nora.
Keria tersedap tu ibu beli kat Jalan Sekolah. Juga Kuih Isabella (getuk ubi goreng) dan karipap. Ada juga karipap yang Cik Cha dan Cik Biela bawa.
Kemudian nenek bawa 2 jug air kesedapan, Indo-cafe susu.
Bismillah.
sikit sorang penuh juga mejanya ye ibu...seronok sekali sekala makan ramai2 ni
ReplyDeleteAah.. sikit sorang kenyang semuanya.. seronok kumpul adik beradik ni.
DeleteBila la office ni nak buat pot luck, lama dah x buat
ReplyDelete