Pages

Friday, January 6, 2023

The Glory

Habis dah tengok 8 episod Kdrama The Glory.

Tentang Moon Dong Eun yang membalas dendam terhadap beberapa orang rakan yang telah membulinya ketika belajar di sekolah tinggi sehingga dia terpaksa berhenti sekolah. Cekal betul dia ni bekerja untuk menyara hidup sehingga membolehkannya masuk universiti. Kemudian menjadi seorang guru. Masa jadi guru ni lah dia plan bagaimana membalas dendam.

8 episod ni 1st series.

2nd series akan ditayang pada bulan Mac nanti.

Suka tengok Song Hye Kyo ni berlakon. Drama pertama ibu tengok Full House berlakon dengan Rain. Ceria sangat dalam drama tu.

Kemudian Descendants of The Sun lakonan bersama Song Joong Ki yang pernah menjadi husband dia. 


 

4 comments:

  1. Menarik jugak kalau 8 epi je senang nk marathon.. entah bilalah nk layan kdrama lg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak habis lagi tu Kakmim.. trend Kdrama kot sekarang tayang sekerat2.. ada lagi 8 ep. Nyampah plak nak kena tunggu bulan 3 nanti.

      Delete
  2. Replies
    1. Takyah terjebak lah wak.. susah nanti dok melekat kat HP ke layan Netfix 😅

      Delete