Pages

Saturday, January 28, 2023

Majlis Kesyukuran, Tahlil dan Hari Jadi Keluarga Subang

Pagi ni ingat nak jog, sampai taman hujan lah pulak. Balik rumah je workout. Sebelum tu belilah barang dapur kat NSK. Breakfast pun beli siap. Hari ni gantung kuali je lah.

Jam 3 kita gerak ke Kg Melayu Subang untuk menghadiri Majlis Kesyukuran, Tahlil dan Hari Jadi keluarga sebelah arwah Nenek Nok. 

Ini sepupu ibu, Acik Fatimah. Ibu panggil Atim. Muda jauh dari ibu. Anak kedua arwah Nenek Nok. Kakak beliau, Acik Ipah telah meninggal asbab kanser beberapa tahun lepas.

Alhamdulillah Majlis Kesyukuran ini untuk Acik Atim setelah selamat menjalani pembedahan akibat ketumbuhan. Syukur padamu Ya Allah. 

Selepas pembedahan badan pun makin mengecil seperti sebelum kahwin dulu. Bertambah cantik dan comel.

Semoga Atim sentiasa sihat dan boleh cepat2 buka gerai makan semula. Pasti pelanggan setia dah rindu masakan Atim!

Majlis ulangtahun kelahiran anak Acik Atim dan 2 orang lagi anak buah berjalan dengan meriah. Makanan pun banyak. Suka kalau datang rumah mereka pasti meriah makanan yang dihidangkan.


Ibu ambil ayam dan bebola daging makan dengan kuah sup. Kenyang lagi sebab sebelum datang dah ratah kerang rebus.

Cuit sikit burnt cheese cake Wafi 😄

Ehh.. ada ambik karipap dan cucur badak. Kalau boleh nak rasa semua food tapi perut tak boleh terima.

Otw balik tu teringin pulak cendol bila lalu sebelah gerai cendol. Ambillah cendol biasa 1, cendol pulut 1 dan cucur udang 4 keping.

Masa bayar terkejut, jumlah semua RM4.50 je. Bila check harga, 

Cendol biasa RM1

Cendol pulut RM1.50

Cucur udang RM2 (1 pc, 50sen)

Ehhh.. ada juga harga makanan yang ibu rasa masih agak murah di sini.


 

4 comments:

  1. Oh, Stim berjualan makanan rupanya. Moga Atim terus sihat dan buka semula gerai.

    ReplyDelete
  2. ada lagi ye kak harga cendol RM1...murah sangat moga penjual dilimpahi rezeki berniaga sambil bersedekah agaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cendol kampung Afzan, pakcik tu jual depan rumah je ada gerai sendiri. Orang-orang kampung minum2 petang.

      Delete