Pages

Monday, January 23, 2023

Ala Family Day di Ambangan Height Sungai Petani

2 hari 1 malam Family Nasri berkumpul di sini. Cuma family Paksu je yang tak dapat join disebabkan Maksu Fatin sedang sarat.

Terima kasih Makngah Shila belanja homestay. Balik dari Tanjung Dawai kita terus ke Ambangan Height Zon Melor.

Homestay ni di kawasan perumahan.

Masuk gate je ada pool.

Pool depan main entrance.

Ada ruangan karaoke dan set ni ada timer dia bagi menghormati kawasan kejiranan.

Dapur lengkap ada penapis air Coway. p
Set pinggan mangkuk semua corak standard ada 1 dozen. Chehhh... kira.. sebab kadang homestay sediakan 4 pcs each je.

Masa kita sampai Shafwan sedang mandi. Lagilah Kakak Wafi tak sabar nak mandi.

Ruang tamu yang selesa.

Parking dalam gate boleh muat 6 kereta.

Wafi cepat-cepat tukar baju mandi.

Lepas mandi diorang karaoke plak sebelum sesi petang bermula 2.30 pm dan berakhir jam 6.45 pm.
Timer tu automatik shut down.
Malam jam 8.45 hingga 9.45 pulak. Pagi 9.30 hingga 12.30 pm.

Pool sesuai untuk family sebab ada dua bahagian, kanak-kanak dan dewasa.

4 bilik tidur dan 2 bilik air.

Petang siap-siap sediakan dinner kerana atokwan makan jam 6 pm camtu.

Makngah dah siap-siap rebus daging, Kakak Widad buat daging goreng kunyit.

Ayam goreng kunyit.

Special dish makngah, gulai ikan nyok-nyok.
Sedap ibu ratah kepala ikan.

Malam ibu tidur awal, mata tak boleh buka dah. Wafi pun sama. Dahlah hujan sejuk-sejuk.

Ayah sempat jumpa kawan-kawan SAS zon utara.
Ibu dengar ayah balik jam 2 am, jam 5 am keluar semula pickup Abang Imi yang baru sampai dari Kuala Terengganu.
Last minute plan Bami balik, jumaat baru ibu belikan tiket. Itu yang minta Bami ambil bas direct ke Sungai Petani jadi bolehlah jumpa atokwan.

Pagi ni makngah beli nasi lemak sedap, bihun goreng, roti canai dan kek coklat. Sebelum tu ibu goreng nasi leftover nasi petang semalam. Makanan yang tak habis tapaukan untuk makan dalam perjalanan balik Klang 

Sempatlah ibu ke kedai dobi, keringkan pakaian dari hari Jumaat ritu. Mujur homestay ada washing machine bolehlah cuci baju siap-siap. Ini pertama kali ibu cuci pakaian semasa bercuti sebelum balik rumah. Kebetulan kedai dobi ni 1km je dari homestay bolehlah layan 😅




Sebelum menuju ke destinasi masing-masing kita ambil gambar ala Family Day ni🥰

Jam 12 pm kita checkout.
Alhamdulillah atas small gathering ni.

Ibu update blog selepas Ipoh.. dari tadi ada certain tempat jam. Ikut waze ada lagi 3 jam untuk sampai rumah. Dah 5 1/2 jam perjalanan. Berhenti pun dah beberapa kali 😜😜

 

4 comments:

  1. Seronoknya dapat berkumpul ramai2 hari keluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali balik kampung wak, dapatlah berkumpul dengan keluarga sebelah suami.

      Delete
  2. Sesekali berkumpul memang seronok kan...masa SA kat JB, adik badik perempuan nan 3 orang tu berkumpul kat rumah Acu kat Bangi...siap semua mandi kolam dan sambut birthday Tiara lagi...seronok diornag

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestlah rumah Acu ada kolam mandi, boleh jadi port. Budak-budak seronok je kalau dapat mandi kolam kan. Mak ayah boleh relax sambil tengok2 diorang.

      Delete